quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola dan Foden menangi anugerah Liga Perdana

LEADING MAN: City manager Pep Guardiola looks on

LEADING MAN: City manager Pep Guardiola looks on

Pep Guardiola memenangi anugerah Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris untuk bulan November.

City memenangi kesemua empat perlawanan Liga Perdana sepanjang bulan lalu dengan mengalahkan Arsenal 3-1, Leicester 2-0, Huddersfield 2-1 dan Southampton 2-1.

Ia merupakan kemenangan bulan ketiga berturut-turut buat bos City selepas merangkul anugerah sama untuk bulan September dan Oktober.

City kini di kedudukan teratas Liga Perdana dengan jarak 11 mata selepas mencatat rekod baru memenangi 15 perlawanan berturut-turut dari 17 perlawanan musim ini.

Sementara itu pemain tengah City, Phil Foden meraih anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris 2 untuk bulan sama.

Foden, 17, kelahiran Stockport Manchester adalah graduan Akademi City tampil buat kali pertama dalam Liga Juara-Juara Eropah menentang Shakhtar Donetsk bulan lalu untuk menjadi antara pemain termuda England melakukannya.

Beliau menewaskan calon lain iaitu Harry McKirdy (Aston Villa), Adam Phillips (Norwich), Jake Hesketh (Southampton) dan Ethan Robson (Sunderland).

Image result for pep guardiola and foden

Setiap kami mengucapkan tahniah buat Pep dan Phil atas penerimaan anugerah.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Pandang enteng bukan isu

Laporan Perlawanan

City lakar sejarah baru Liga Perdana di Swansea

TOGETHER: A record-breaking, outstanding display as City make history with a 4-0 rout at Swansea

Perjalanan Manchester City terus bertambah mengujakan dari minggu ke minggu selepas mencatat sejarah baru Liga Perdana Inggeris dengan 15 kemenangan berturut-turut.

Laporan perlawanan Swansea 0 Man City 4

Previu Perlawanan

Membidik rekod baru di Selatan Wales

Swansea v City

Nun tinggi di persada Liga Perdana, Manchester City kini selesa dengan jurang 11 mata berbanding pencabar terdekat di tangga kedua selepas derbi Manchester ke-175 di Old Trafford.