quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Saya bangga kendalikan pasukan ini

PEP WATCH: Look what the opener meant to the boss!

PEP WATCH: Look what the opener meant to the boss!

Pep Guardiola mendakwa kemenangan 4-1 ke atas Spurs adalah berikutan dari usaha keras semasa tanpa bola pasukannya.

City menjarakkan kedudukan kepada 21 mata mendahului Tottenham Hotspur selepas meraih kemenangan ke-16 berturut-turut hasil gol Ilkay Gundogan, 2 gol Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne.

Citizens menguasai 53 posesi bola, amat kurang berbanding perlawanan-perlawanan kebiasaannya, namun setiap pemain City dikejar, diterjah dan dikasari setiap kali pelawat mendapatkan bola.

Related image

Detik penting perlawanan apbaila De Bruyne meledak gol kedua dengan penuh bergaya sejurus selepas bangkit semula setelah dikasari Dele Alli.

Dengan tendangan kaki kirinya melepasi Hugo Lloris menambah kesukaran pasukan Mauricio Pochettino mengejar dari belakang.

Semangat juang dan kesungguhan Pemain Terbaik Perlawanan itu mendapat pujian khas dari Pep di sidang media seusai perlawanan.

Image result for manchester city 4-1 tottenham hotspur december 2017

“Saya hanya boleh mengucapkan terima kasih kepada semua pemain saya, terutama Kevin. Dia salah seorang pemain paling berbakat dan anda dapat lihat bagaimana dia berlari tanpa bola.

“Dia contoh yang bagus untuk para pemain muda, untuk Akademi kami, untuk Phil Foden, untuk Brahim Diaz, untuk para pemain muda lain. Mereka tahu betapa hebatnya De Bruyne, dan bila mereka melihat bagaiman dia berlari dan bertarung tanpa bola, ia adalah contoh terbaik.

“Dia membantu kami menjadi kelab lebih baik di masa depan. Persembahan permainannya hari ini, saya tiada perkataan untuk menjelaskannya. Dengan bola begitu banyak bantuan, pergerakannya, setiap masa dia bermain dengan kepala [bijak] dan secara keseluruhan yanpa bola dia berupaya menekan penjaga gol.

“Apabila ia berlaku para pemain di belakangnya merasakan mereka perlu berlari sepertinya, dan selepas itu pasukan seperti Tottenham yang boleh bermain begitu bagus, kami dapat meminimakan situasi-situasi.”

Kejayaan mencapai 16 kemenangan berturut-turut perlawanan Liga Perdana Inggeris menyamai rekod dicatat Guardiola bersama-sama pasukan Barcelona dalam La Liga tahun 2011. Rekod terbaik liga utama Eropah masih dipegang Pep bersama Bayern Munich dengan 19 kemenangan berturut-turut.

Ketika ditanya kunci rentetan kemenangan tersebut bos City mengatakan: “Saya bangga kerana saya bersama tiga pasukan tersebut mengendalikannya.

“Kami bekerja keras, para pemain tahu. Kami akan mengkaji perlawanan ini esok, saya akan bercakap dengan para pemain secara perseorangan dan kemudian secara berkumpulan, untuk melihat apa yang bagus telah kami lakukan dan sebarang kesilapan, dan bekerja.

“Kejayaan ini berlaku juga kerana saya bersama tiga kelab hebat, Barca, Bayern dan kelab ini [City]. Ketiga-tiga kelab ini menyokong saya dan menyediakan saya para pemain hebat, tanpa itu ia mustahil.”

Satu lagi perkara positif dari kemenangan kali ini adalah persembahan permainan Gundogan di bahagian tengah.

Image result for manchester city 4-1 tottenham hotspur december 2017

Pemain Jerman itu menemui ruang dan menanduk masuk gol pembuka dan begitu bekerja keras dan kreatif sepanjang permainan.

“Gundogan amat bagus, anda tahu kualitinya, musim lalu kami ketiadaannya kerap. Dia ada kualiti untuk mengekalkan bola, dalam kondisi bagus dia banyak berlari dan cuba mencipta peluang. Menentang satu pasukan kuat, dia telah memperagakan permainan bagus.”

Laporan Perlawanan

City benamkan Spurs untuk lanjutkan rekod baru

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!