quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Pandang enteng bukan isu

HISTORY BOYS: Pep Guardiola and David Silva celebrate City's record-breaking 15th consecutive league win.

HISTORY BOYS: Pep Guardiola and David Silva celebrate City's record-breaking 15th consecutive league win.

Pep Guardiola berkata yang memandang mudah tidak akan pernah menjadi isu pasukannya dalam Manchester City terus memecah rekod baru musim ini.

City mengalahkan Swansea 4-0 di Stadium Liberty malam Khamis untuk memahat rekod baru Liga Perdana Inggeris dengan 15 kemenangan berturut-turut.

Dengan mengumpul 49 mata dari 17 perlawanan ia bermakna pencapaian terbaik mana-mana pasukan utama liga England dari permulaan musim.

Namun Guardiola yang diketahui tentang piawainya menolak cadangan yang pasukannya kini memandang mudah dan jatuh dari piawai prestasi permainan mereka sebelumnya.

“Ia tidak akan berlaku, kami amat menuntut tinggi komitmen dari para pemain kami.

“Kami boleh kalah, kami boleh keciciran mata tapi memandang enteng, tidak pernah berlaku di masa lalu, sekarang dan akan datang.

“Memenangi 15 perlawanan berturut-turut memberi kami banyak keyakinan.

“Dan jika orang terhibur menonton kami bermain, ia satu hadiah terbaik.”

David Silva menjadi arkitek dalam kemenangan City dengan menjaringkan dua gol dan menjadi tonggak serangan City sepanjang permainan.

Beliau kini telah menghasilkan empat gol dalam tiga perlawanan terakhir termasuk gol pembuka menentang Manchester United di Old Trafford, Ahad lalu.

Guardiola berkata yang kualiti ada pada Silva tidak pernah diraguinya namun mengakui yang beliau gembira menyaksikan pemain tengah Sepanyol itu menjaringkan gol lebih dari kebiasaan.

“Saya amat gembira untuk David, kami tidak boleh menyangkal kualitinya tapi di masa lalu dia tidak menjaringkan begitu banyak gol seperti sekarang.

“Dia tajam dan dalam kondisi hebat.

“Memandangkan kami perlu bermain begitu banyak perlawanan, tiga hari lalu di Old Trafford, kami kekal mantap, kami serius dan cuba mempersembahkan permainan terbaik.

“Anda kadang-kadang menderita dan kadang-kadang seronok, seperti seorang pengurus anda melihat banyak perkara.

“Apabila pasukan bermain bagus kami gembira. Perasaan kami – kami faham apa yang kami mahu lakukan.

“Kami bermain bagus secara dalaman dan luaran.”

Previu Perlawanan

Membidik rekod baru di Selatan Wales

Swansea v City

Nun tinggi di persada Liga Perdana, Manchester City kini selesa dengan jurang 11 mata berbanding pencabar terdekat di tangga kedua selepas derbi Manchester ke-175 di Old Trafford.

Berita Pasukan Utama

Lupakan insiden derbi, fokus pada Swansea

BOSS VIEW: Pep Guardiola previews the Swansea game

Manchester City akan tanpa Vincent Kompany dalam kunjungan ke Swansea untuk perlawanan ke-17 Liga Perdana Inggeris musim ini malam Khamis.

Sidang media Pep Guardiola menjelang kunjungan ke Stadium Liberty menentang Swansea.

Berita Pasukan Utama

KDB: Kami raikan kemenangan ini tapi kekal fokus

CELEBRATIONS: Pep Guardiola and Phil Foden share their delight at full time.

Kevin De Bruyne menegaskan yang Manchester City tidak memikirkan untuk menjuarai Liga Perdana musim ini selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United untuk rekod baru 14 kemenangan berturut-turut liga.