quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kebolehan adaptasi kunci rekod kemenangan

​JOB DONE: City come out on top in the North East to extending the winning run to 18 games, leading second-placed Manchester United by 15 points.

​JOB DONE: City come out on top in the North East to extending the winning run to 18 games, leading second-placed Manchester United by 15 points.

Bos City, Pep Guardiola percaya yang keupayaan Manchester City mengadaptasi kunci di sebalik rekod 18 kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris.

Gol tunggal Raheem Sterling telah menjamin tiga mata penuh menentang pasukan Newcastle untuk City menambah jarak di puncak carta liga kepada 15 mata.

Pasukan kendalian Rafa Benitez mempunyai perancangan permainan yang jelas dengan bertahan hampir sepanjang permainan sebelum memberi tekanan lewat perlawanan.

Guardiola berkata: “Sebagai pengurus saya perlu menyesuaikan diri. Dalam 18 perlawanan ini, kami telah bermain menentang pasukan-pasukan yang menekan tinggi, menekan rendah atau menyerang kami.

“Mana-mana pengurus dan pasukan boleh bermain bagaimana sahaja mereka mahu, dan anda perlu mencari jalan untuk mengalahkan mereka.

Image result for raheem sterling newcastle 0-1 man city

“Kami berhak untuk menang, ia tidak mudah apabila Newcastle tidak mahu bermain.

“Mereka bertahan dengan bagus dan ingin melakukan serangan balas dan bertahan utuh. Ia tidak mudah.

“Kami telah mencipta banyak peluang di separuh masa pertama dan permulaan babak kedua.

“Di minit-minit akhir, ia menjadi agak rumit.”

Tiga percubaan City terkena tiang, dua oleh Sergio Aguero dan satu oleh Kevin De Bruyne melalui jarak jauh dari 18 percubaan keseluruhannya.

Guardiola menjelaskan: “Kami telah mencipta banyak peluang. Di separuh masa pertama kami sepatutnya dapat menjaringkan tiga empat gol lagi.

“Apabila anda memenangi 18 perlawanan berturut-turut anda hadapi 10/15 minit cara tersebut tapi kami amat gembira dengan kemenangan ini.”

City hanya selang beberapa untuk berehat sebelum menghadapi Crystal Palace di perlawanan penutup tahun 2017 diikuti Watford dua hari kemudiannya dalam perlawanan pertama Tahun Baru 2018.

“Saya lihat jadual di pejabat, Januari bulan mencabar dengan Piala Carabao dan perlawanan-perlawanan Liga Perdana serta Piala FA. Ia sukar.

“Cara terbaik ialah menganalisa permainan dan bercakap dengan doktor. Apa yang kami boleh lakukan kini ialah memikirkan tentang Palace.”

Bos turut mengesahkan Vincent Kompany terpaksa menamatkan perlawanan awal kerana kecederaan dan akan diperiksa oleh doktor dalam masa terdekat.

Related image

Laporan Perlawanan

Gol Sterling lanjutkan rekod City di Newcastle

HE'S TOP OF THE LEAGUE: Raheem Sterling celebrates his 17th goal in all competitions this season.

Manchester City terus melanjutkan rekod Liga Perdana Inggeris dengan 18 kemenangan berturut-turut selepas menang tipis 1-0 ke atas Newcastle dan menambah jurang di puncak kepada 15 mata.

Laporan perlawanan Newcastle 0 City 1

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami kekal fokus untuk hadapi Newcastle

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji kehebatan hubungan akrab pemain