quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City diundi bertemu FC Basel di 16 akhir UCL

HIGH LIFE: The City players celebrate John Stones' header

HIGH LIFE: The City players celebrate John Stones' header

City telah diundi bertemu FC Basel di peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Perlawanan pertama akan berlangsung di laman FC Basel pada 13 Februari 2018 dan perlawanan timbal balik di Stadium Etihad pada 7 Mac 2018.

Image result for fc basel stadium

Manchester City belum pernah bertemu Basel secara kompetitif dalam mana-mana kejohanan sebelum ini.

Pengarah Bola Sepak, Txixi Begiristain berkata: “Kami perlu menghormati FC Basel dan harus berhati-hati.

“Kami perlu bersedia untuk bermain melawan mereka dan lakukan yang terbaik kerana sudah tentu kami mahu pergi sejauh yang mungkin dalam kejohanan ini.

Image result for txiki begiristain

“Kami telah tunjukkannya semasa menentang Napoli yang kami boleh bermain dengan bagus di tempat sendiri dan lawan. Kami telah bertarung untuk layak dan menjuarai peringkat kumpulan dan saya rasa kami telah tunjukkan karakter dan personality yang diperlukan dengan bagus dalam Liga Juara-Juara.”

FC Basel menjadi naib juara kepada Manchester United dalam Kumpulan D mengatasi CSKA Moscow dan Benfica.

Image result for fc basel 2017/18

Pasukan dari Switzerland itu telah menewaskan United 1-0 di Basel namun tewas 3-0 di Old Trafford begitu juga kalah kepada CSKA di tempat sendiri.

Mereka akan menjadi tuan rumah di stadium St Jakob Park yang boleh menampung 38,000 penonton.

Basel kini di tangga kedua kepada Young Boys dalam Super Liga Swiss.

Keputusan undian penuh

Juventus v Tottenham

Basel v Man City

Porto v Liverpool,

Sevilla v Man Utd

Real Madrid v Paris St-Germain,

Shakhtar v Roma

Chelsea v Barcelona, Bayern v Besiktas 

 

Tarikh-tarikh penting UCL 2017/18

16 Mac : Undian suku akhir

3/4 April: Suku, akhir, perlawanan pertama

10/11 April: Suku akhir, perlawanan kedua

13 April: Undian separuh akhir

24/25 April: Perlawanan pertama separuh akhir

1 /2 Mei: Perlawanan kedua separuh akhir

26 Mei: Perlawanan akhir (NSK Olympiyski, Kyiv, Ukraine)

Berita Pasukan Utama

Pep puji permainan hebat pasukan di Old Trafford

Laporan Perlawanan

City tundukkan United untuk tambah jurang 11 mata

Previu Perlawanan

Misi warnakan kota Manchester dengan biru

united v city

Selepas mengharungi 29 perlawanan akhirnya pasukan Manchester City terpaksa menerima kekalahan pertama mereka semenjak 27 April 2017 apabila skuad Pep Guardiola yang dibarisi rata-rata pemain simpanan tewas 2-1 di tangan Shakhtar Donetsk di Liga Juara-Juara Eropah .