quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

KDB: Kami raikan kemenangan ini tapi kekal fokus

CELEBRATIONS: Pep Guardiola and Phil Foden share their delight at full time.

CELEBRATIONS: Pep Guardiola and Phil Foden share their delight at full time.

Kevin De Bruyne menegaskan yang Manchester City tidak memikirkan untuk menjuarai Liga Perdana musim ini selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United untuk rekod baru 14 kemenangan berturut-turut liga.

Gol dari David Silva dan Nicolas Otamendi memberi kemenangan bermakna buat pasukan pep Guardiola untuk memastikan City menyamai rekod Arsenal, namun dengan kelebihan ia dilakukan dalam satu musim berbanding Gunners.

Kemenangan di Old Trafford melanjutkan City sebagai pendahulu liga dengan jurang 11 mata selepas 16 perlawanan dimainkan musim ini.

Image result for kevin de bruyne man united 1-2 man city december 2017

Namun begitu De Bruyne berkata yang City kekal focus dan akan meneruskan latihan sebagai persiapan seterusnya dalam kunjungan ke Swansea hari Rabu.

“Banyak pasukan keciciran mata pada hujung minggu jadi ia satu kemenangan besar buat kami untuk menambah tekanan pada pasukan lain. Kami perlu meraikannya dan kemudian fokus semula pada perlawanan hari Rabu.

“Ia jurang besar. Jika kami tercicir kami masih di puncak. Kami tidak boleh ambil mudah. Kami perlu lakukan apa yang perlu dilakukan sepanjang tahun. Saya lebih suka mendahului dengan 11 mata di hadapan berbanding ditinggalkan 11 mata di belakang, itu sudah pasti.”

Image result for kevin de bruyne man united 1-2 man city december 2017

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan cara perlawanan derbi kali ini, De Bruyne menjawab: “Jika anda datang dengan mendahului 1-0, ya, tapi jika 1-1, tidak.

“Itulah caranya. Ia dua pasukan yang mempunyai banyak kualiti. Ia perlawanan menarik untuk ditonton dengan intensiti dan pertarungan sengit. Derbi sebenar.”

Rakan sepasukan, Fabian Delph turut menyetujui kata-kata De Bruyne yang para pemain City tidak memandang ringan malah terus maju ke hadapan.

Image result for fabian delph man united 1-2 man city

Namun bek kiri City itu menambah yang ia menyeronokkan untuk menjamin kebanggaan di kalangan penduduk Manchester (Mancunian).

“Ia masih terlalu awal (bercakap tentang juara liga). Saya telah katakan di masa lalu; kami menumpukan perlawanan demi perlawanan. Kami tidak menoleh ke belakang atau menjangkau masa hadapan – hanya hari ini.

“Ia mungkin kemungkinan kemenangan termanis di kalangan besar kami. Perlawanan derbi sentiasa seperti ini, mencabar dan sengit. Kami ada perancangan permainan tersendiri dan kekal laksanakannya. Para peminat gembira.”

Berita Pasukan Utama

City diundi bertemu FC Basel di 16 akhir UCL

Berita Pasukan Utama

Pep puji permainan hebat pasukan di Old Trafford

Laporan Perlawanan

City tundukkan United untuk tambah jurang 11 mata