quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep puji permainan hebat pasukan di Old Trafford

​PEP WATCH: The manager issues his instructions from the touchline.

​PEP WATCH: The manager issues his instructions from the touchline.

Pep Guardiola telah memuji persembahan permainan hebat pasukannya dalam perlawanan derbi ke-175.

City kini berada di puncak dengan jarak 11 mata dari kelab jiran, Manchester United dan pengurus tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya.

“Hebat, kami telah bermain dengan menakjubkan,” ujar Pep.

“Bagi kami datang ke sini di Old Trafford dan bermain cara kami telah bermain, cuba bersabar dan bertindak bijak, mengawal serangan balas, saya berpuas hati.

“Saya gembira dengan cara kami telah bermain, kami boleh menang, kalah atau seri tapi yang penting cara kami bermain.

“Kami bukanlah pasukan terbaik di dunia dengan ‘set-pieces’ tapi kami telah menjaringkan dua gol dengan cara tersebut hari ini. Bola sepak itu luar biasa. Kami telah bercakap tentang banyak perkara mengenai United tapi tidak pernah tentang ‘set-pieces’! Kami bukanlah yang terbaik dalam hal tersebut!

“Bola sepak itu rumit, ia tidak mudah. Kami kembali bangkit di babak kedua, Fernandinho berpindah ke bek tengah dan Gundogan mengawal bahagian tengah dan kami menguasai situasi.

“Kami satu pasukan yang jujur, kami menguasai purata 80% posesi bola dan ia menunjukkan yang kami ke sini untuk bermain, dan saya berpuas hati dengannya.

“Ia amat bermakna dalam cara kami telah bermain dari segi keyakinan. Kami menang di Stamford Bridge, dan hari ini di sini, juga ke atas Liverpool dan Arsenal di tempat sendiri, empat pencabar utama tapi ia baru bulan Disember, ia mustahil untuk menjadi juara.

“Bola sepak sukar diramal. Kami telah menjaringkan dua gol dari ‘set-pieces’. Pada masa rehat, kami berkata: tiada kekesalan. Kami kecewa tapi ia kan menjadikan kami lebih kuat – bagaimana kami bereaksi dalam situasi-situasi.

“Kami telah tunjukkan ini jenis bola sepak yang boleh dimainkan di England. Ramai orang mengatakan ia hanya boleh dimainkan di Sepanyol, tapi kami telah tunjukkan ia juga boleh untuk berani bermain di sini.

“Saya sudah tahu dari musim lalu. Saya sentiasa percaya kami dapat melakukannya. Setiap orang boleh bermain apa sahaja mereka mahu.

“Setiap orang boleh bermain di mana sahaja mereka mahu. Saya gembira bertandang di laman para pencabar kami dan dapat mengalahkan mereka semuanya.

Pep turut mendedahkan yang kapten Vincent Kompany mengalami kecederaan dengan menambah: “Kompany cedera, saya tidak tahu berapa lama tempohnya, kami sedang tunggu dan lihat.”

Laporan Perlawanan

City tundukkan United untuk tambah jurang 11 mata

Previu Perlawanan

Misi warnakan kota Manchester dengan biru

united v city

Selepas mengharungi 29 perlawanan akhirnya pasukan Manchester City terpaksa menerima kekalahan pertama mereka semenjak 27 April 2017 apabila skuad Pep Guardiola yang dibarisi rata-rata pemain simpanan tewas 2-1 di tangan Shakhtar Donetsk di Liga Juara-Juara Eropah .

Berita Pasukan Utama

Sterling diundi Pemain Terbaik Etihad November