quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep akan gilirkan pemain hadapi West Ham

PEP TALK: Guardiola faced the press on Friday ahead of this weekend's game at home to West Ham

PEP TALK: Guardiola faced the press on Friday ahead of this weekend's game at home to West Ham

Leroy Sane telah sembuh dari sakit dan bersedia hadapi West Ham United hari Ahad ini di Stadium Etihad.

Pemain sayap Jerman itu terlepas perlawanan penuh dramatik Rabu lalu dalam kemenangan 2-1 ke atas Southampton selepas mengalami demam.

Namun beliau telah kembali berlatih hari Khamis bersama rakan-rakan sepasukan dan dalam pemilihan skuad Pep Guardiola dengan sasaran kemenangan ke-20 berturut-turut menentang Hammers.

“Sane sakit, dia demam pada hari kami bermain melawan Southampton.

Image result for leroy sane training man city 2017

“Kelmarin beliau telah kembali mengikuti sesi latihan.”

Sane merupakan tiga pemain dalam pemerhatian dari digantung permainan selepas menerima empat kad kuning musim ini.

Sane, Vincent Kompany dan Fernandinho kesemuanya hanya tinggal satu lagi sebelum digantung permainan yang boleh membawa mereka terlepas berkaksi dalam perlawanan derbi Ahad depan, 10 Disember menentang Manchester United.

Image result for fernandinho city 2-1 southampton

Guardiola berkata yang beliau masih belum memutuskan barisan pemain yang akan diturunkan menghadapi pasukan kendalian David Moyes.

Bos City akan melihat sesi latihan terakhir hari Sabtu namun mengakui dengan jadual padat bulan Disember, beliau perlu mengekalkan pasukan yang segar dan bugar setiap kali perlawanan.

“Kami akan lihat esok, semasa sesi latihan kami akan lihat apa yang boleh kami lakukan.

“Vincent hanya kembali selepas dua bulan cedera, Fernandinho telah bermain banyak minit tapi apa yang paling penting adalah West Ham.

Image result for vincent kompany city 2-1 southampton

“Saya bimbang tentang jumlah kad kuning dikumpul para pemain, United adalah perlawanan penting, tapi West Ham juga penting.

“Perlawanan terakhir lalu kami tidak turunkan David Silva dari awal. Saya lakukan penggiliran.

“Sembilan perlawanan dalam satu bulan…setiap pemain perlu bermain.”

* Perlawanan menentang West Ham United akan berlangsung hari Ahad, 3 Disember jam 4 petang waktu UK bersamaan pukul 12 tengah malam waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

David Silva tandatangani lanjutan kontrak

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Percaya di sebalik kejayaan Sterling

Laporan Perlawanan

Sterling jamin kemenangan City ke atas Southampton

TOGETHER: City celebrate going ahead on 47 minutes.

Raheem Sterling buat perlawanan ketiga berturut-turut menjadi penyelamat memberi kemenangan buat City selepas gol di masa tambahan mengalahkan Southampton 2-1 di Stadium Etihad.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris City 2 Southampton 1