quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Silva akan kembali beraksi lawan Manchester United

DERBY: Pep Guardiola responds to questions at the press conference before City's showdown with United.

DERBY: Pep Guardiola responds to questions at the press conference before City's showdown with United.

David Silva kini cergas dan bersedia untuk derbi Manchester ke-175 yang akan berlangsung di Old Trafford hari Ahad ini.

Pemain tengah Sepanyol itu cedera selepas menjaringkan gol kemenangan ke atas West Ham United dengan jaringan 2-1 Ahad lalu yang membawa kemenangan ke-13 berturut-turut Liga Perdana Inggeris musim ini.

Beliau terlepas perlawanan Rabu lalu dalam kekalahan kepada Shakhtar Donetsk dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dengan Pep Guardiola tidak pasti pada asalnya sama ada dia bersedia untuk perlawana penting di laman jiran.

Namun Silva yang pulih sepenuhnya dan bersedia menghadapi United dalam sasaran untuk menjarakkan kedudukan kepada 11 mata di carta Liga Perdana.

“Dia akan bermain, doktor telah memaklumkan kepada saya pada minggu terdapat kesangsian yang beliau dapat bermain tapi hari ini ketika tiba Silva mengatakan yang beliau merasa cukup sihat, jadi dia akan bermain.”

Sementara itu, kapten Vincent Kompany masih belum pasti dapat beraksi. Pemain pertahanan Belgium itu telah terbang bersama skuad ke Ukraine dengan Pep Guardiola ingin mempertajamkannya menjelang pertemuan dengan United.

Namun beliau mengalami masalah sebelum perlawanan bermula yang memaksanya dikeluarkan.

Guardiola turut mengesahkan akan mengetahui ujian akhir kecergasan untuk Fabian Delph yang tidak sihat mengalami demam awal minggu ini.

“Kompany sebelum perlawanan menentang Shakhtar merasai sesuatu dan tidak selesa, oleh sebab itu dia tidak dapat bermain.

Image result for kompany subs 2017/18

“Dia tahu keadaan badannya sendiri lebih dari orang lain.

“Dia merasai sesuatu dan tidak dapat bermain melawan Donetsk. Saya pada mulanya mahu dia beraksi untuk mendapatkan rentak sebelum ke Old Trafford.

“Esok kami akan tahu jika dia boleh bermain atau ridak.

“Fabian sakit, dia muntah dan mengalami demam, oleh sebab itu dia tidak dapat bermain Rabu lalu.

Image result for fabian delph v west ham 2017/18

“Kyle dan Nico hanya merupakan pemain yang tidak bermain di Ukraine dapat bermain nanti.

“Hari ini semua pemain cuti, jadi saya tidak tahu keadaan para pemain lain, tapi esok saya akan periksa keadaan setiap mereka.”

Menyentuh perlawanan besar di Old Trafford menentang pasukan kendalian Jose Mourinho yang kini dijarakkan dengan lapan mata di belakang City dan peluang City memcha rekod baru Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan ke-14 berturut-turut, Pep menambah.

"Berkunjung ke Old Trafford satu yang mengujakan, oleh sebab itu kami di sini. Saya akan menikmatinya dan tak sabar untuk ke sana dan bermain. Saya suka ke sana dan akan cuba kalahkan mereka. Selepas itu kami akan berjabat tangan seusai perlawanan.

"Jika anda bermain sesuatu perlawanan dan fikir tentang rekod anda akan lupa apa yang anda perlu lakukan untuk memenangi perlawanan tersebut. Lambat laun, rekod baru kemenangan berturut-turut dalam Liga Perdana akan pecah jua, tapi keutamaan saya ialah untuk menang nanti."

* Perlawanan menentang Manchester United akan berlangsung di Old Trafford pada hari Ahad, 10 Disember jam 4.30 petang waktu UK bersamaan pukul 12.30 pagi Isnin waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Pep: Para pemain muda buat kami bangga

PEP WATCH: The manager observes from the touchline on his 100th Champions League game as a manager.

Pep Guardiola tidak terlalu patah hati selepas kekalahan pertama City musim kepada Shakhtar Donetsk di Ukraine malam Khamis.

Reaksi Pep Guardiola Shakhtar Donetsk 2 Man City 1

Laporan Perlawanan

Rekod tanpa kalah City lebur di Shakhtar

City mengalami kekalahan pertama selepas lapan bulan dengan jaringan 2-1 kepada Shakhtar Donetsk di Ukraine dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.

Laporan perlawanan Shakhtar Donetsk 2 Man City 1

Berita Pasukan Utama

Pep: City tanpa Silva dan KDB lawan Shakhtar