quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Lupakan insiden derbi, fokus pada Swansea

BOSS VIEW: Pep Guardiola previews the Swansea game

BOSS VIEW: Pep Guardiola previews the Swansea game

Manchester City akan tanpa Vincent Kompany dalam kunjungan ke Swansea untuk perlawanan ke-17 Liga Perdana Inggeris musim ini malam Khamis.

Pemain pertahanan Belgium itu terpaksa dikeluarkan semasa rehat dalam perlawanan derbi Manchester Ahad lalu dan akan terlepas menentang pasukan Wales, namun Pep Guardiola berharap Kompany dapat kembali bermain secepat mungkin.

“Kompany tidak boleh bermain di Swansea, saya rasa tempoh kecederaannya kurang dari jangkaan awal. Jadi diharap dia dapat kembali seberapa segera, tapi saya tidak tahu.

“Dia mengalami kecederaan otot,” jelas Pep semasa sidang media di CFA petang Selasa.

Image result for kompany man united 1-2 man city december 2017

Citizens akan turun menentang pasukan kendalian Paul Clement selaku pendahulu liga dengan jurang 11 mata dari pencabar terdekat, Man United dalam sasaran memecah rekod baru Liga Perdana Inggeris dengan 15 kemenangan berturut-turut.

Pengurus bagaimanapun lebih berminat untuk mengalih tumpuan para pemainnya dengan cabaran yang akan dihadapi di Stadium Liberty nanti.

“Perlawanan derbi bagus, kami telah bermain dengan cara kami.

Image result for kompany man united 1-2 man city december 2017

 “Seperti biasa selepas perlawanan kami berjabat tangan dan para pemain meraikan kemenangan bersama para peminat, kemudian kami meraikannya bersama-sama di bilik persalinan, dan itu yang kami telah lakukan.

“Ia sebagaimana semasa kami menang ke atas Southampton, kami meraikannya seperti biasa.

“Sudah tentu di Old Trafford mereka perlu melalui bilik persalinan pakaian pasukan tuan rumah, diharap perkara tersebut tidak akan berlaku lagi di masa depan.

“Saya telah katakan kepada para pemain saya supaya melupakan apa yang telah berlaku seusai perlawanan di Old Trafford di terowong pemain dan fokus pada Swansea, kemudian Tottenham.

“Kami tidak boleh mengawal kata orang, kami hanya boleh mengawal apa yang kami kata kepada para pemain kami.

Image result for man united 1-2 man city incident december 2017

“Kami telah beritahu mereka untuk kami memenangi perlawanan seterusnya. Saya cuba memberi para pemain saya nasihat terbaik yang saya mampu.

Sementara itu, bos City turut percaya yang skuadnya boleh merasa bangga dengan cara mereka persembahkan dalam Liga Perdana Inggeris dengan turut cemerlang dalam Liga Juara-Juara Eropah.

“Sudah tentu tidak bermain dalam Liga Juara-Juara ada kesan pada prestasi sesuatu pasukan, jadi pujian patut diberikan atas apa yang pasukan telah lakukan.

“Di masa depan kami boleh keciciran mata, dan saingan Liga Perdana akan kembali terbuka.

“Ramai orang fikir kami sudah menjuarai Liga Perdana musim ini, saya tidak berfikiran sedemikian.

“Sudah jelas musim lalu Chelsea tidak bermain satu perlawanan dalam satu minggu dan mereka menjuarai liga. Kami telah bermain begitu banyak perlawanan jadi kami gembira dengan kedudukan kami sekarang.”

* Perlawanan menentang Swansea akan berlangsung di Stadium Liberty pada hari Rabu 13 Disember, jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia

Berita Pasukan Utama

KDB: Kami raikan kemenangan ini tapi kekal fokus

CELEBRATIONS: Pep Guardiola and Phil Foden share their delight at full time.

Kevin De Bruyne menegaskan yang Manchester City tidak memikirkan untuk menjuarai Liga Perdana musim ini selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas Manchester United untuk rekod baru 14 kemenangan berturut-turut liga.

Galeri Foto

Kemenangan terindah: United 1-2 City

Berita Pasukan Utama

City diundi bertemu FC Basel di 16 akhir UCL