quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: City tanpa Silva dan KDB lawan Shakhtar

Pep v Donetsk

Pep v Donetsk

Pep Guardiola mendedahkan yang David Silva mengalami kecederaan selepas menjaringkan gol kemenangan ke atas West Ham tempohari menjelang pertemuan dengan Shakhtar Donetsk.

Penjaring gol kemenangan buat City 2-1 menentang Hammers hari Ahad berkemungkinan turut tidak dapat beraksi dalam perlawanan derbi Manchester hari Ahad ini.

Rombongan skuad City ke Ukraine kali terdiri dari barisan pemain utama dan remaja memungkinkan memberi peluang kedua buat Phil Foden dengan Guardiola mengakui pemain muda England itu dalam pemilihan skuad.

Image result for silva city 2-1 west ham

Ketika ditanya kekuatan rombongan skuad kali ini, bos City menjelaskan: “Kevin [De Bruyne] telah digantung permainan dan tidak akan beraksi nanti, dan Silva mengalami kecederaan ringan.

“Saya tidak tahu sama ada dia akan pulih untuk perlawanan hari Ahad nanti menentang Manchester United.

“Dia merasa sesuatu tidak selesa selepas menghasilkan gol. Diharap dia dapat bermain hari Ahad ini.”

“Phil Foden turut ada di sini. Dia ada peluang sama untuk bermain. Kami amat bangga yang dia berada di sini bersama kami dan jika dia bermain, diharapdia akan lakukannya dengan baik.”

Image result for phil foden

City akan turun ke Stadium Metalist dengan 20 kemenangan berturut-turut di kesemua kejohanan dan berada di kedudukan teratas Kumpulan F yang sudah menjamin ke pusingan seterusnya.

Meskipun perlawanan besar di Old Trafford hanya selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah, Guardiola menegaskan yang pasukannya hanya fokus apa yang berada di hadapan mata.

“Kami hanya bermain untuk menang perlawanan.

“Saya jamin anda, lambat laun kami akan kalah jua, tapi keesokan harinya kami akan bangkit semula.

Image result for guardiola city v united

“Saya boleh berjanji kepada anda yang kami akan cuba untuk memenangi perlawanan nanti.”

Prestasi City kini yang memberangsangkan telah membawa mereka menjadi pilihan untuk menjuarai liga pada bulan Mei nanti, tapi Guardiola sekali lagi menegaskan yang pencapaian sekarang ini tidak menjamin kejayaan pada akhir musim nanti.

Pasukannya akan memberi segalanya untuk layak ke final dan berkata ia termasuk menentang Shakhtar yang beliau percaya akan memberi satu lagi cabaran sengit.

Image result for napoli v city celebration

“Kami bermain bagus kini tapi ia tidak bermakna kami akan menjuarai kejohanan ini. Kami akan cuba berada di final, di Kiev nanti.

“Saya kagum dengan pencapaian di Stadium Etihad. Kami gembira sudah berjaya ke 16 akhir tapi ia akan menjanjikan perlawanan sukar. Mereka akan melakukan struktur pertahanan sempurna.

“Kami datang ke Ukraine untuk memenangi perlawanan. Saya jamin anda kami akan melakukan persiapan mental untuk menang.”

Perlawanan menentang Shakhtar Donetsk akan berlangsung di Stadium Metalist pada hari Rabu, 6 Disember jam 7.45 malam waktu UK bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ke udara di saluran Astro 811/833 HD.

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City lawan Shakhtar Donetsk

Berita Pasukan Utama

Undi sekarang! Pemain Terbaik Etihad November

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami tak pernah berhenti percaya

THE BOSS: Pep Guardiola delivers instructions

Pep Guardiola mengakui yang beliau lebih suka mematikan perlawanan lebih awal sebelum minit-minit terakhir dalam satu lagi kemenangan lewat permainan pasukannya.

Reaksi bos, Man City 2 West Ham 1