quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kemenangan di Bournemouth lalu detik penting City

PepCityvBournemouth

PepCityvBournemouth

Pep Guardiola mengkhabarkan berita gembira yang kapten Vincent Kompany hampir cergas sepenuhnya, namun belum pasti dengan David Silva menjelang kunjungan Bournemouth hari Sabtu.

Bos City turut membawa berita kurang baik dengan kecederaan pemain tengah muda City, Phil Foden yang mengalaminya semasa beraksi dalam kemenangan ke atas Leicester Selasa lalu.

“Foden cedera, ia tidak bagus. Dia tidak dapat bermain melawan Bournemouth

Related image

“Kami bernasib baik dengan Kevin De Bruyne selepas diterjah keras semasa lawan Spurs, tapi tidak dengan Phil, kami kurang bernasib baik.

“Ia kecederaan ligamen lutut. Dia terpaksa direhatkan untuk beberapa ketika.”

Image result for phil foden injury

Berkenaan kapten pasukan, Guardiola mendedahkan yang beliau menjangkakan pemain pertahanan Belgium itu akan kembali cergas secepat mungkin, namun kunjungan Cherries di Stadium Etihad terlalu awal buatnya.

“Dia bertambah baik, saya rasa dalam masa beberapa hari lagi dia akan bersedia.

Image result for kompany training

“Saya tidak tahu jika dia akan bersedia esok (Sabtu). Kami ada latihan akhir, jadi kami akan lihat nanti.”

Pep turut tidak pasti sama ada Silva dapat bermain melawan Bournemouth. Pemain tengah Sepanyol itu terlepas dua perlawanan terakhir menentang Spurs dan Leicester.

Ledakan gol Raheem Sterling di masa tambahan telah menjamin tiga mata penuh ketika City bertandang di Stadium Vitality bulan Ogos lalu dan pengurus percaya kepentingan beberapa kali gol kemenangan lewat perlawanan buat City.

“Ia kemenangan penting selepas seri menentang Everton.

“ Tiada siapa sangka selepas itu kami menang 16 perlawanan berturut-turut. Ia amat penting dan selepas itu kami menang melawan Liverpool.

“Anda tidak biasa berupaya memenangi perlawanan-perlawanan dengan jumlah jaringan besar jadi detik tersebut penting.”

* Perlawanan menentang Bournemouth akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 23 Disember jam 3 petang UK bersamaan pukul 11 malam waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

City diundi lawan Bristol di semifinal Piala Liga

Galeri Foto

Berlatih dalam kabus

Galeri Foto

Galeri Kemenangan: Suku akhir Piala Carabao