quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Ia perlawanan penting menentang Spurs

INJURY NEWS: Pep expects Stones and Kompany to be back soon

INJURY NEWS: Pep expects Stones and Kompany to be back soon

Pep Guardiola mengkhabarkan yang John Stones hampir kembali beraksi semasa sidang media menjelang kunjungan Tottenham Hotspur hari Sabtu di Stadium Etihad.

Pemain pertahanan England itu mencatat prestasi memberangsangkan dari awal musim mengalami kecederaan hamstring semasa kemenangan 2-0 di Leicester bulan lalu dan semenjak itu tidak bermain.

“Dia bertambah-tambah baik,” ujar Pep.

Image result for john stones injury

“Saya rasa dia sekarang di minggu keempat dalam proses pemulihan. Pihak doktor mengatakan dia terpaksa direhatkan antara empat hingga enam minggu.

“Dalam masa satu dua minggu lagi, dia akan bersedia untuk bermain semula.”

Sementara itu, Vincent Kompany juga hampir kembali untuk berlatih. Pemain pertahanan Belgoum itu terpaksa menamatkan perlawanan awal semasa kemnangan di Old Trafford minggu lalu dengan masalah otot.

Image result for kompany united 1-2 man city

Guardiola mengakui yang Kompany tidak bersedia untuk beraksi menentang Spurs namun mengatakan kapten pasukan itu semakin bertambah baik dan akan kembali beraksi tak lama lagi.

“Dia bertambaht-tambah bagus, dia mengalami kecederaan ringan.

“Saya tidak tahu jika esok dia aka cergas sepenuhnya tapi diharap dalam masa beberapa hari lagi dia akan bersedia.”

Menyentuh pasukan kendalian Mauricio Pochettino yang kini berada di kedudukan keempat carta liga dengan 31 mata, ditinggalkan City 18 mata Pep menambah.

“Tottenham satu pasukan ternama, tidak kira di mana kedudukan mereka sekarang, bagi saya mereka masih satu pasukan ternama.

“Saya lihat apa yang mereka lakukan, bukan posisi mereka dalma liga. Saya hormati Spurs dan apa yang mereka lakukan.

“Ia perlawanan penting menentang Spurs. Musim lalu dan musim tiada yang berubah. Kami tidak akan menjuarai Liga Perdana dalam perlawanan esok, dan kami tidak akan hilang peluang juara juga.

Image result for spurs celebration 2017

City berpeluang melanjutkan rekod baru setelah memecah rekod Liga Perdana Inggeris sejak tahun 2002 dipegang Arsenal dengan 15 kemenangan berturut-turut.

“Ia penting untuk bermain lebih bagus, itu yang paling penting. Rekod sentiasa akan kekal sehingga satu hari nanti ia dipecahkan.

“Saya gembira bukan kerana keputusan positif perlawanan tapi saya gembira kerana cara kami bermain. Statistik ada bagusnya, tapi saya rasa kami boleh lakukan dengan lebih baik lagi.”

* Perlawanan menentang Tottenham Hotspur akan berlangsung hari Sabtu, 16 Disember jam 5.30 petang UK bersamaan pukul 1.30 pagi Ahad waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 816/834 HD.

Berita Pasukan Utama

Guardiola dan Foden menangi anugerah Liga Perdana

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Pandang enteng bukan isu

Laporan Perlawanan

City lakar sejarah baru Liga Perdana di Swansea

TOGETHER: A record-breaking, outstanding display as City make history with a 4-0 rout at Swansea

Perjalanan Manchester City terus bertambah mengujakan dari minggu ke minggu selepas mencatat sejarah baru Liga Perdana Inggeris dengan 15 kemenangan berturut-turut.

Laporan perlawanan Swansea 0 Man City 4