quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami cuba pecah rekod sendiri musim depan

PENSIVE: Pep's was the face of concentration ahead of the game at Selhurst Park.

PENSIVE: Pep's was the face of concentration ahead of the game at Selhurst Park.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata yang Gabriel Jesus terpaksa direhatkan satu hingga dua bulan selepas mengalami kecederaan dalam hasil seri 0-0 dengan Crystal Palace.

Penyerang Brazil itu terpaksa menamatkan perlawanan selepas 20 minit beraksi dan cuba bermain sebelum diganti masuk oleh Sergio Aguero.

Image result for kevin de bruyne injury

Namun bos membawa berita lebih baik tentang Kevin De Bruyne yang diusung keluar di masa tambahan selepas tersungkur jatuh akibat diterjah keras oleh Jason Puncheon.

Guardiola berkata yang kecederaan pemain tengah Belgium itu tidaklah seteruk yang disangka pada awalnya namun mengakui yang beliau kemungkinan besar tidak dapat bermain menentang Watford dalam masa dua hari lagi.

Image result for crystal palace 0-0 man city december 2017 gabriel jesus

“Diharap Gabriel Jesus hanya direhatkan sebulan atau dua bulan, dengan Kevin kami bernasib baik di masa lalu dengan apa yang telah berlaku dengan aksi yang sama. Saya tidak tahu apa akan berlaku di masa hadapan.

“Dia mungkin tidak bersedia untuk lawan Watford dalam masa beberapa hari lagi.”

Guardiola turut menambah yang beliau mahu melihat para pemain mendapat lebih perlindungan oleh para pengadil perlawanan.

“Tolonglah para pengadil, mereka perlu melindungi para pemain, kami bernasib baik ketika menentang Tottenham dan Newcastle. Hari ini kami tidak bernasib baik.

Image result for crystal palace 0-0 man city december 2017 gabriel jesus

“Para pengadil perlu dilindungin. Kami tahu betapa kuat permainan berfizikal di England tapi pasukan-pasukan kehilangan para pemain utama, bukan sahaja Manchester City. Tayangan semula perlawanan membuktikannya. Kita perlu lindungi para pemain.”

Sementara itu, Guardiola berkata fokusnya kini untuk memecah rekodnya sendiri dalam kemenangan berturut-turut Liga Perdana Inggeris.

Keputusan seri dengan Palace membawa berakhirnya 18 kemenangan berturut-turut, kurang satu dari rekod yang dicatat oleh Bayern Munich di bawah Pep dalam liga utama Eropah.

Ia satu pencapaian hebat yang telah menyaksikan City dijarakkan 14 mata dari pencabar terdekat Chelsea menjelang tahun baru dan Guardiola mahu menyaksikannya ia lebih baik pada tahun 2018 nanti.

“Kami telah catat rekod baru Liga Perdana Inggeris tapi musim depan kami akan cuba atasinya, kami sekarang di bulan Disember, terdapat begitu banyak perlawanan untuk dimainkan.”

*Kami akan membawa laporan terkini perkembangan Gabriel Jesus dan Kevin De Bruyne dalam masa beberapa hari lagi di my.mancity.com.

Laporan Perlawanan

City tutupi tahun 2017 rekod tanpa kalah di Palace

​UNBEATEN: Kyle Walker is at the forefront as City salute a fantastic away support.

Ederson menjadi hero apabila menyelamatkan sepakan penalti dalam hasil seri 0-0 dengan Crystal Palace di Selhurst Park untuk memastikan City kekal tanpa kalah dalam semua 21 perlawanan Liga Perdana Inggeris sehingga kini.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris Crystal Palace 0 Man City 0

Previu Perlawanan

Ikuti langsung di Twitter!

palace v city

Ikuti liputan langsung perlawanan Manchester City menentang Crystal Palace dibawakan secara langsung dari Selhurst Park.

Berita Pasukan Utama

Kompany akan kembali beraksi lawan Palace