quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola puji kehebatan hubungan akrab pemain

MASTERMIND: Pep Guardiola directs his side during Saturday's 4-0 win against Bournemouth.

MASTERMIND: Pep Guardiola directs his side during Saturday's 4-0 win against Bournemouth.

Pep Guardiola memuji prestasi City yang konsisten dan semangat berpasukan berikutan kemenangan 4-0 ke atas Bournemouth.

Gol Sergio Aguero, Raheem Sterling dan Danilo Luiz membawa satu lagi rekod bersejarah buat kelab dengan Citizens menyempurnakan kalendar tahun 2017 tanpa kalah di semua perlawanan di tempat sendiri dengan baki 2 perlawanan lagi di laman lawan tahun ini.

City turut menghasilkan lebih 100 gol sepanjang tahun 2017 dengan 76 darinya pada musim ini sahaja sejak Ogos di kesemua kejohanan.

Mengulas persembahan hebat pasukan yang mendominasi pasukan lawan, bos City melahirkan rasa kagum keupayaan pasukannya terus mencatat prestasi memberangsangkan, terutama dengan jadual perlawanan yang padat.

“Selalunya, anda mula rasa ragu selepas bermain begitu banyak perlawanan berturut-turut dan jika secara mental anda sentiasa bersedia, anda ingin terus lakukannya lagi dan lagi,” ujar Guardiola.

“Itu yang amat mengagumkan saya, yang mereka sentiasa bersedia.

“Ia sama situasinya semasa menentang Southampton dan Huddersfield, begitu juga West Ham dengan Bournemouth bertahan berformasikan 5-4-1 dengan penyerang mereka Callum Wilson.

“Kami sukar menemui sebarang ruang, tiada ruang langsung antara garisan.

“Kami hasilkan gol pertama yang cantik dan gol kedua pula telah banyak membantu kami. Kami kemudian menukar kepada sistem 4-4-2 dan menemui rentak dan ruang. Kami telah jaringkan empat gol cantik.

“Saya amat gembira. Selamat Hari Krismas kepada semua! Kini, kami memikirkan tentang Newcastle.”

Aguero mencatat satu lagi sejarah dengan gol ke-100 nya di Stadium Etihad selepas menjaringkan dua gol menentang Bournemouth dan satu bantuan jaringan untuk dinobat Pemain Terbaik Perlawanan.

Guardiola merasa gembira atas persembahan para pemainnya dan sedar persaingan dalam skuad untuk mendapat peluang menyinar.

“Saya juga pernah seorang pemain bola, saya faham perasaan para pemain bola mereka diletakkan di bangku simpanan dan tidak bermain, mereka sedih dan kecewa.

“Saya faham tugasan kami adalah cuba dan terus mencari sebarang kelemahan, tapi saya cuba jaga hubungan dengan para pemain saya sebaik mungkin.

“Kadang-kadang, saya rasa Gabriel Jesus berhak untuk bermain, dan begitu juga Bernardo Silva dan Eliaquim Mangala.

“Apa yang paling penting ialah saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

“Jika mereka tidak gembira dengan saya, ia bukanlah satu masalah tapi mereka mempunyai hubungan hebat di antara mereka.

“Di bilik persalinan pakaian adalah impian untuk bermain dan berlatih dengan mereka.

“Saya amat hormati Sergio Aguero dan segala yang telah dilakukannya, apa yang sedang dilakukan dan yang akan dilakukannya di masa depan.

“Dia akan tentukan segalanya tentang masa depannya dan hidupnya. Saya sangat gembira mempunyainya di sini bersama-sama Gabriel Jesus dan skuad.”

Guardiola turut melahirkan pujian khas atas peningkatan prestasi Sterling dengan mengenengahkan cara beliau membuat keputusan sebagai kunci kejayannya.

“Dengan atau tanpa bola, dia amat agresif dan begitu bermain dengan menekan.

Image result for man city 4-0 bournemouth december 2017

“Saya paling suka betapa jelas dia menjadi seorang pemain bola profesional kini. Dia tahu bila dia perlu gelecek bola dan bila perlu lakukan hantaran.

“Sebelum ini, dia hanya pandai menggelecek dan itu satu kesilapan.

“Dia gemar menjaringkan gol, sebelum ini dia agak takut.

“Dia seorang pemain muda dan pemain penting untuk pasukan kebangsaan. Apa yang paling sukar dengan para pemain pada usia tersebut ialah untuk mengekalkan tahap tujuh hingga lapan.”

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!

Berita Pasukan Utama

Где смотреть матч Сити – Борнмут?

Berita Pasukan Utama

Где смотреть матч Сити – Борнмут?