quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep bangga semangat juang pemain muda City

​DEPENDABLE: Pep Guardiola and Claudio Bravo celebrate at the King Power Stadium.

​DEPENDABLE: Pep Guardiola and Claudio Bravo celebrate at the King Power Stadium.

Pep Guardiola melahirkan rasa penuh kebanggaan cara pasukannya dengan barisan pemain berbeza dalam kemenangan ke atas Leicester City di perlawanan suku akhir Piala Carabao.

Citizens berjaya mara ke separuh akhir kejohanan selepas buat kali kedua berturut-turut memenangi sepakan penalti penentuan selepas diikat 1-1 di masa penuh dan selepas 30 minit masa tambahan.

Dengan lima pemain graduan Akademi City beraksi dengan dua darinya melakukan penampilan pertama untuk pasukan utama, City mempamerkan semangat juang para pemain yang berbakat untuk menembusi pasukan utama.

“Para pemain muda kami telah bermain amat cemerlang, Brahim (Diaz), Tosin (Adarabioyo) dan Phil (Foden) telah bermain amat bagus sekali dan saya sungguh gembira.

DEBUTANT: Brahim Diaz makes a bright start to his full City debut.

“Ini merupakan kali kedua kami memenangi perlawanan melalui sepakan penalti penentuan selepas menentnag Wolves, jadi berjaya dapat mara ke separuh akhir satu pencapaian hebat.

“Terdapat banyak perkara menjadi kegembiraan, Bernardo Silva telah bermain dengan cemerlang begitu juga Gundogan dan Yaya, setiap pemain amat bagus.

“Para pemain yang beraksi malam ini tidak banyak bermain di masa lalu dan mereka telah tunjukkan kepada saya banyak perkara dan ia tidak mudah melakukannya bila belaku begitu banyak perubahan formasi.”

ON THE MOVE: Phil Foden skips past Leicester's Andy King.

Meskipun bos City terkejut dengan tambahan masa begitu panjang selepas separuh masa pertama diikuti keputusan kontroversi penalti yang membawa kepada gol penyamaan Leicester, beliau menolak untuk membicarakan subjek tersebut.

Sebaliknya, Pep lebih suka memuji reaksi pasukannya atas keputusan tersebut.

“TV tidak berbohong jadi kami akan tonton semula perlawanan sama ada ia betul-betul penalti,” ujarnya.

“Apa yang saya paling suka ialah bagaimana kami bereaksi dan menangani situasi tersebut. Itu merupakan petanda bagus untuk masa depan.

TEAM TALK: Pep Guardiola briefs his players ahead of extra-time.

“Kami suka melalui situasi sebegini dalam bola sepak kerana ia boleh berlaku dan cara kami berekasi tidak mudah kerana kami semua sudah penat, dan kami mempunyai ramai pemain muda yang terpaksa bermain hingga ke masa tambahan – malah Danilo bermain sebagai bek tengah, posisi yang beliau tidak pernah bermain dalam hidupnya!

“Tida ada keluhan di masa tambahan dari para pemain bagaimana ketidak adilan di masa tambahan, sebaliknya kami telah mencuba berjuang termasuk semasa sepakan penalti penentuan.

“Jadi untuk mengatasi situasi tersebut dan cara kami telah bermain di masa tambahan untuk cuba memenangi perlawanan tidak mudah kerana Vardy sentiasa berada di sana, begitu juga Mahrez, ia sukar.

“Saya tidak tahu apa akan berlaku di pusingan seterusnya dan siapa akan kami dipertemukan.

“Kami perlu menyesuaikan diri kerana anda perlu memikirkan dua minggu lebih awal. Mungkin berlaku kecederaan pemain, mungkin ada yang digantung permainan. Kami akan lihat tahap pasukan, bagaimana sikap mereka dan menimbang pemain yang berhak bermain.”

Ketika ditanya sama ada City berupaya menjuarai kesemua empat kejohanan musim ini, Pep menambah: “Lupakan saja. Ia tidak akan berlaku.”

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Saya bangga kendalikan pasukan ini

Laporan Perlawanan

City benamkan Spurs untuk lanjutkan rekod baru

Berita Pasukan Utama

Ikuti kami langsung di Twitter!