quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Ikuti kami langsung di Twitter!

City v Hudds

City v Hudds

Ikuti liputan langsung perlawanan Liga Perdana Inggeris pertemuan Manchester City dengan Huddersfield di bawa dari John Smith's Stadium.

Manchester City sebagain pendahulu liga bertandang di laman Huddersfield Town, Stadium John Smith yang kini di kedudukan ke-15 liga untuk perlawanan ke-13 Liga Perdana Inggeris musim ini.

City kini di kedudukan teratas liga dengan 34  mata dan mengumpul 40 gol serta terbolos 7.  Manakala Terriers meraih 15 mata dengan hanya 8 gol dan terbolos 17.

Image result for john smith stadium huddersfield

Pasukan Pep Guardiola telah memecah rekod kelab dengan 16 kemenangan berturut-turut selepas menang tipis 1-0 ke atas Feyenoord malam Rabu di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah dan 25 tanpa kalah berturutan dari akhir musim lalu, selepas menang 2-0 ke atas Leicester dalam Liga Perdana Sabtu lalu. Satu rekod baru kelab!

Sementara Huddersfield pula kalah besar dalam perlawanan terakhir mereka di Bournemouth dengan jaringan 4-0 Sabtu lalu.

Related image

Kali terakhir pertemuan kedua-dua pasukan musim lalu di pusingan kelima Piala FA apabila City diikat tanpa jaringan di tempat Huddersfield, manakala perlawanan semula di Stadium Etihad, City menang besar 5-1 hasil jaringan Leroy Sane, Sergio Aguero (2), Pablo Zabaleta dan Kelechi Iheanacho.

Perlawanan akan bermula jam 4 petang Ahad, 26 November waktu UK bersamaan pukul 12 tengah malam waktu tempatan Malaysia. 

Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD dan seperti biasa ikuti liputan langsung di akan Twitter Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami takkan pandang mudah Huddersfield

Berita Pasukan Utama

Trio pemain City dicalon anugerah tahunan UEFA

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Akademi City patut rasa bangga