quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kompany akan kembali beraksi lawan Palace

PRESS CONFERENCE: Pep Guardiola delivers his Manchester derby team news.

PRESS CONFERENCE: Pep Guardiola delivers his Manchester derby team news.

Vincent Kompany dalam pemilihan skuad dalam kunjungan ke Selhurst Park untuk perlawanan terakhir tahun 2017, Ahad ini.

Pep Guardiola mendedahkan kepada para wartawan di sidang media hari Jumaat yang kapten City itu mengalami hantukan semasa perlawanan di Newcastle United.

Kompany telah dikeluarkan hanya selepas 10 minit beraksi di St James’ Park namun dijangka akan mengikuti rombongan skuad ke London menentang pasukan kendalian Roy Hodgson, Crystal Palace.

“Vincent tidaklah teruk sebagaimana yang jangkaan awal, dia akan bersedia untuk perlawanan seterusnya. Kami akan tahu keadaan sebenarnya nanti, tapi ia bukanlah isu besar.”

Pada masa yang sama bos turut mengucapkan tahniah kepada kapten City tersebut yang baru menerima ijazah sarjana pengurusan perniagaan (MBA) dari Universiti Manchester.

"Ia unggul. Karier sebagai pemain bola pendek. Kadang-kadang, kami menerangkannya begitu. Ia amat singkat, 22 tahun hingga 32 tahun, kemudian ia berakhir. Anda masih ada banyak kehidupan untuk diteruskan. Anda perlu lakukan sesuatu. Anda perlu lakukan persiapan. Tahniah Vinny.

"Lakukan apa sahaja, jadi jurugambar, wartawan, pengurus pasukan, tak kira. Anda perlu lakukan persiapan.Ia contoh bagus."

Image result for fabian delph training winter 2017/18

Pengurus City turut mendedahkan yang Fabian Delph cergas sepenuhnya untuk melawan Palace namun John Stones masih belum bersedia untuk beraksi selama 90 minit penuh.

“Fabian tidak sihat semasa lawan Newcastle, tapi keadaannya bertambah baik sekarang. Kelmarin dia tidak berlatih tapi semua pemain cuti hari ini (Jumaat). Kami akan lihat nanti.

“Fabian kesnya sama seperti Vincent – dia tahu kondisi badannya sendiri.

Related image

“Kami akan lihat esok. John Stones juga bertambah bagus keadaannya. Kelmarin dia telah menjalani sesi latihan penuh pertama. Tapi dia belum bersedia untuk bermain 90 minit penuh.

“Saya rasa dia akan cergas sepenuhnya untuk perlawanan akan datang dimana ia satu berita besar buat kami.”

Pep turut memberi pujian khas atas aksi mantap Nicolas Otamendi musim ini termasuk dalam perlawanan terakhir menentang Newcastle dengan pertahanan mantapnya yang dianggap antara terbaik musim ini untuk memastikan kemenangan berharga di St James' Park.

Image result for otamendi 2017/18

"Otamendi jelas telah banyak membantu kami. Jika saya diberi peluang untuk memberi pujian khas ia adalah Otamendi. Sentiasa berjuang. Amat berdaya saing yang pernah saya lihat dalam hdup saya. Kami ada 'superman' dalam pasukan. Sangat penting. Tanpanya, ia mustahil.

"Dia dapat membaca situasi, di mana perlu menghantar bola. Saya amat kagum. Apa yang perlu dilakukan bila lawan melompat atau tidak melompat. Saya amat gembira untuknya. Dia berhak mendapat pujian dan penghormatan.

City berpeluang untuk menyamai rekod 19 kemenangan berturut-turut liga tempatan Eropah yang dipegang oleh Bayern Munich pada musim 2013/14 semasa di bawah kendalian Pep dalam kunjungan ke selatan London di ambang Tahun Baru 2018 nanti. 

Image result for pep and roy hodgson

Namun bos mengulas: "Sentiasa di sini (England), anda bercakap tentang nombor dan rekod. Ia hakikatnya adalah hasil apa yang dilakukan di gelanggang. Ia tidak dikira. Apa yang dikira adalah apa yang kami perlu lakukan untuk menentang Palace.

"Sembilan perlawanan pertama mereka tidak meraih sebarang mata. Kini mereka turun dan telah berubah. Ia rumit. Itu yang perlu kami tumpukan buat masa ini.

"Lambat laun kami akan keciciran mata.

Related image

"Kami tak boleh bandingkan. Semasa rekod itu dicatat, saya telah berada di Bayern Munich sudah banyak tahun. Di sini, ia merupakan tahun kedua saya. Kami belum merangkul walau satu piala pun.

"Tenang dan fokus apa yang perlu dilakukan nanti, kemudian selepas itu.

Menyentuh kebangkitan Palace semenjak diambil oleh bekas pengurus England, Roy Hodgson dan kembalinya penyerang utama mereka, Wilfried Zaha termasuk perlawanan terakhir yang hampir meraih kemenangan ke atas Arsenal, bos City mengatakan.

"Saya telah saksikan perlawanan tersebut. Ia tidak mudah melawan Arsenal. Mereka menguasai permainan. Pemain berbakat di bahagian tengah. Kualiti. Lakukan hantaran dan pergerakan. Bagaimana mereka bereaksi di separuh masa kedua terutama di permulaan.

Image result for palace v arsenal december 2017

"Di minit-minit akhir, mereka boleh jaringkan gol. Mereka ada para pemain berbakat. Ia hari tidak bernasib baik. Ia tidak semestinya bermain dengan intensiti tinggi untuk mereka bawa masalah. 

"Jika anda tidak dapat mendahului dengan selesa, apa sahaja boleh berlaku di akhir perlawanan. Saya telah maklumkan kepada para pemain saya kerana ia perlawanan mencabar di Selhurst Park. Mereka satu pasukan yang boleh melakukan banyak perkara.

Pep turut ditanya tentang jendela perpindahan Januari yang akan dibukan lagi sehari dengan beberapa kelab telah melakukan urusan mereka lebih awal termasuk Liverpool yang menandatangani rekod pemain pertahanan termahal, Virgil van Dijk.

Image result for virgil van dijk liverpool

"Liverpool telah membeli pemain pertahanan tengah yang hebat. Kita akan sama-sama lihat impaknya di masa akan datang. Kadang-kadang pemain murah boleh jadi lebih mahal. Apabila John Stones datang ke sini, dia mahal, kini dia dikira amat murah dengan harga yang kami telah bayar.

"Saya amat gembira dengan para pemain yang kami ada . Saya tidak tahu apa yang akan berlaku. Mungkin dalam posisi dengan posisi Vincent dan apa yang telah berlaku dengan John Stones.. tapi kami tak boleh lupa Mangala. Dia telah bermain menentang Man United dan telah banyak membantu kami dengan menghadang Lukaku.

"Jika saya terpaksa teruskan ke akhir musim dengan para pemain yang kami ada dan para pemain muda, kami akan teruskan. Kami masih ada empat kejohanan. Ia amat mencabar. Musim ini sudah sukar, dan ia akan semakin bertambah sukar.

Image result for pep and phil foden

Mengulas tentang City akan menjuarai Liga Perdana Inggeris lebih awal sekiranya prestasi sekarang diteruskan, Pep menjelaskan

" Saya tidak pernah terfikir kami boleh menjuarai liga di bulan Disember. Baik, kami di posisi tersebut. Kami kini memasuki pusingan kedua musim ini dan kami masih belum kalah dalam perlawanan liga, tapi ia masih jauh. Ia tidak bagus untuk para pemain dan pengurus berfikir ia sudah selesai. 

"Kini, terdapat enam mata untuk diraih dalam masa tiga hari. Tumpukan pada hal tersebut."

 

* Perlawanan menentang Crystal Palace akan berlangsung di Selhurst Park pada hari Ahad, 31 Disember jam 12 tengahari waktu UK bersamaan pukul 8 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/836 HD.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kebolehan adaptasi kunci rekod kemenangan

Laporan Perlawanan

Gol Sterling lanjutkan rekod City di Newcastle

HE'S TOP OF THE LEAGUE: Raheem Sterling celebrates his 17th goal in all competitions this season.

Manchester City terus melanjutkan rekod Liga Perdana Inggeris dengan 18 kemenangan berturut-turut selepas menang tipis 1-0 ke atas Newcastle dan menambah jurang di puncak kepada 15 mata.

Laporan perlawanan Newcastle 0 City 1

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami kekal fokus untuk hadapi Newcastle