quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City diundi lawan Bristol di semifinal Piala Liga

semi final carabao cup

semi final carabao cup

Manchester City akan menghadapi Bristol City dalam perlawanan separuh akhir Piala Carabao Cup selepas menyingkirkan Leicester City di suku akhir.

Bristol menewaskan penyandang juara Manchester United yang dibarisi pasukan terkuat bimbingan Jose Mourinho dengan kemenangan mengejut 2-1 di Ashton Gate malam Khamis.

Perlawanan pertama akan berlangsung pada 9 Januari di Stadium Etihad, manakala perlawanan timbal balik di Bristol pada 23 Januari 2018.

Image result for man city vs leicester carabao cup

Sementara itu Chelsea akan berhadapan dengan Arsenal selepas pasukan kendalian Conte mengalahkan Bournemouth, manakala pasukan Gunners menundukkan West Ham United.

City hanya sekali bertemu Bristol City sebelum ini dalam Piala Liga dengan kemenangan 2-1 di Ashton Gate tahun 2007 dengan jaringan gol Emile Mpenza dan Rolanda Bianchi untuk menjamin kemenangan ke atas pasukan Bristol dikenalikan Gary Johnson.

Image result for bristol city 2-1 man city 2007

Manakala Bristol kini dibimbing oleh anak Gary, Lee Johnson yang kini menduduki tangga ketiga Liga Championship di belakang Wolves dan Cardiff City selepas 22 perlawanan.

Citizens telah bertemu Bristol sebanyak 23 kali dengan Bristol menang sebanyak 10 kali, enam seri dan tujuh kalah.

Image result for bristol city 2-1 man united celebration carabao cup

Bristol telah menyingkirkan Plymouth, Watford, Crystal Palace, Stoke dan Man United untuk mara ke separuh akhir kejohanan. Ia merupakan kali ketiga Bristol berjaya sampai ke semifinal dengan sebelumnya pada musim 1970/71 dan 1988/89.

Manakala City menyingkirkan Wolves, West Brom dan Leicester untuk layak ke separuh akhir untuk kejohanan kali ini.

Image result for city champions capital one cup 2016

City menyasarkan untuk merangkul Piala Liga buat kali kelima selepas menjuarainya pada musim 1969/70, 1975/76, 2013/14 dan 2015/16. Pada musim lalu City disingkirkan oleh Man United yang kemudian menjuarai kejohanan.

Perlawanan akhir kejohanan akan berlangsung di Stadium Wembley pada 25 Februari dan Pep Guardiola berpeluang untuk menjulang piala pertamanya di England selepas menjadi pengurus City mulai musim 2016/17.

Galeri Foto

Berlatih dalam kabus

Galeri Foto

Galeri Kemenangan: Suku akhir Piala Carabao

Berita Pasukan Utama

Pep bangga semangat juang pemain muda City