quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Wilfried Bony kembali ke Swansea

Wilfried Bony telah menyertai semula Swansea City secara kekal.

Penyerang asal Ivory Coast itu telah menyertai City pada Januari 2015 selepas cemerlang bersama pasukan Wales tersebut dengan rekod gol terbanyak liga dan kehebatan menguasai bola.

Image result for bony signs for city

Namun selepas itu mengalami siri kecederaan sebaik sahaja menyertai City dan hanya bermain sebanyak 10 kali sejak tiba pada bulan Januari sehingga akhir musim.

Pada musim pertamanya di Stadium Etihad, beliau bermain sebanyak 34 kali dengan menjaringkan lapan gol dan membantu City menjulang Piala Liga (Capital One Cup) tahun 2016.

Beliau menghabiskan musim lalu dipinjamkan di Stoke City dengan tampil sebanyak 11 kali sebelum kembali semula ke Manchester pada musim panas.

Secara keseluruhan beliau menjaringkan 10 gol dalam 46 penampilan buat City.

Setiap kami di City mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya untuk lembaran kerjaya Wilfried seterusnya.

Berita Pasukan Utama

Jason Denayer dipinjamkan ke Galatasaray

Berita Pasukan Utama

De Bruyne sasar City rangkul piala musim ini

De Bruyne interview

Raja pembantu jaringan, Kevin De Bruyne berkata yang beliau teruja untuk terus berjuang dan membantu Manchester City dalam merangkul piala musim ini.

Wawancara khas bersama Kevin De Bruyne sempena genap dua tahun bersama Manchester City.

Apa Kata Media

Sanchez dan Evans terus diburu City

Dengan 24 jam sebelum jendela perpindahan musim panas akan ditutup, media terus kencang dengan gosip perpindahan pemain dikaitkan dengan City hari ini.

Gosip perpindahan pemain dengan Alexis Sanchez dan Jonny Evans menjadi sebutan.