quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Txixi: Kumpulan F bukan laluan mudah

Txixi Begiristain mahu menyaksikan Manchester City sampai ke peringkat tertinggi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah secara kebiasaan.

City telah diundi dalam Kumpulan F untuk kejohanan musim ini dalam acara undian di Monaco pada malam Jumaat bersama-sama dengan Shakhtar Donetsk, Napoli dan Feyenoord.

Pengarah Bola Sepak Kelab itu percaya yang perubahan yang dilakukan semasa jendela perpindahan kali ini akan menjadikan pasukan Pep Guardiola lebih kuat dalam kempen musim 2017/18.

Image result for txixi benardo

“Kami mahu menjadi satu kelab bola sepak yang sentiasa bersaing hingga ke suku akhir, separuh akhir dan ke perlawanan akhir,” ujarnya.

“Kami ingin layak sampai ke peringkat tersebut setiap tahun. Kami mahu konsisten dalam prestasi kami dan saya rasa kami bersedia melakukannya.

Related image

“Kami bertambah baik setiap musim, kami cuba memperbaiki skuad kami.

“Kami telah membugarkan pasukan dan diharap kami dapat mengulangi apa yang telah dilakukan dua tahun lalu apabila kami berjaya sampai ke semifinal dan mengapa tidak lebih jauh lagi?”

Related image

Namun begitu, bekas pemain Barcelona itu turut memuji kualiti pasukan-pasukan lawan dalam Kumpulan F dan mengakui beliau tidak menjangkakan ia laluan mudah.

Katanya, polisi perekrutan Skhakhtar telah menjadikan mereka satu lawan mencabar dan memuji Napoli sebagai pasukan terbaik dalam Serie A Itali.

Image result for shakhtar donetsk 2017

“Sudah tentu ia sukar menentang Shakhtar Donetsk. Mereka sentiasa membina pasukan yang bagus dan menandatangani para pemain hebat, jadi ia menjanjikan perlawanan sukar di sana untuk mengalahkan mereka.

Image result for napoli 2017

“Napoli bagi saya buat masa sekarang bermain bola sepak paling baik di Itali, mereka bermain amat luar biasa. Kami telah saksikan ketika mereka menentang Nice, jadi kami perlu berwaspada.

“Begitu juga Feyenoord, mereka sukakan permainan dan apa yang mereka lakukan. Saya tidak tahu sama ada untuk mengatakan yang saya gembira atau gusar.

Image result for feyenoord 2017

“Hakikatnya, ia tidak mudah.”

 

Berita Pasukan Utama

City diundi dalam Kumpulan F UCL

Manchester City telah diundi dalam Kumpulan F saingan Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18 bersama Shakhtar Donetsk, Napoli dan Feyenoord.

Keputusan undian peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim 2017/18..

Berita Pasukan Utama

City bertemu West Brom Pusingan ketiga Piala Liga

Berita Pasukan Utama

Info Penting: Undian peringkat kumpulan UCL

UCL Draw

Manchester City akan mengetahui nasib mereka untuk memulakan kempen kali ketujuh Liga Juara-Juara Eropah buat pasukan minggu ini.

Segala yang anda perlu tahu tentang undian Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan musim 2017/18.