quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep puji pramusim yang positif

Pep Guardiola melahirkan rasa puas hati dengan persiapan musim baru pasukannya selepas menutup pramusim dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas West Ham di Iceland.

Gol dari Gabriel Jesus, Sergio Aguero dan Raheem Sterling telah membawa kemenangan ketiga berturut-turut kempen pramusim dan pengurus gembira dapat menyudahinya dengan banyak perkara positif yang boleh diambil.

“Ia keputusan bagus menentang satu lagi pasukan dari Liga Perdana Inggeris,” ujar Pep.

“Kami telah mencipta cukup peluang untuk menjaringkan tiga gol, setiap pemain telah bermain pada tahap bagus dan para penyerang kami berjaya menjaringkan gol, dan tiada kecederaan, jadi kami semua gembira.”

City lebih mendominasi di Iceland dengan menguasai posesi berbanding Hammers dan penjaga gol baru City, Ederson hanya melakukan satu penyelamatan berbanding Joe Hart di gawang West Ham.

Ia merupakan permainan yang cemerlang selepas dua perlawanan terakhir semasa Jelajah Amerika Syarikat meninggalkan Guardiola merasa cukup positif menjelang perlawanan pembuka menentang Brighton Sabtu depan.

Image result for pep guardiola iceland vs west ham

“Kami telah bermain dengan bagus menentang empat pasukan hebat,” tambah Pep.

“Kami telah bermain dengan baik memenangi tiga perlawanan dan sentiasa mencipta lebih banyak peluang berbanding pasukan lawan. Kami agak berpuas hati, tapi realiti hanya bermula sekarang.

“Kami perlu melakukannya di bawah tekanan.”

Pengurus turut mengakui yang beliau masih belum memutuskan skuad yang akan berkunjung ke Brighton Sabtu depan.

Namun tidak kira siapa yang akan diturunkan dalam perlawanan pertama musim 2017/18 beliau gembira dengan keseimbangan skuad yang beliau ada sekarang.

Image result for bernardo iceland vs west ham

“Kami mempunyai ramai pemain yang amat berkualiti, oleh sebab itu saya amat berterima kasih dengan apa yang Kelab telah lakukan.

“Dengan para pemain yang kami ada pada musim lepas, kami merupakan antara pasukan paling berusia dalam Liga Perdana Inggeris.

“Dengan kehadiran Danilo, Mendy, Bernardo, Ederson – pasukan kami menjadi lebih ‘remaja’ kini.

Image result for pep guardiola slaven bilic iceland

“Saya fikir kami perlu ‘mudakan’ sedikit lagi. Jendela perpindahan pemain hanya akan berakhir 31 Ogos nanti, jadi sama-sama kita lihat nanti.

“Saya gembira dengan cara mereka bekerja dan para pemain tahu yang mereka perlu tunjukkan yang terbaik dan yakinkan saya.

“Kami mahu berjuang dalam setiap perlawanan.”

Berita Pasukan Utama

Siaran langsung City vs West Ham dari Iceland

Ikuti siaran langsung khas buat anda di Malaysia, perlawanan persahabatan terakhir City menentang West Ham United dari Stadium Laugardalsvöllur, Reykjavik, Iceland.

Pep Guardiola mempersiapkan skuadnya untuk persediaan musim baru 2017/18 dengan perlawanan persahabatan terakhir 'Super Match' melawan Hammers..

Berita Pasukan Utama

Pep seru prestasi sama lawan West Ham

Pep Guardiola mahu melihat para pemainnya meneruskan prestasi cemerlang dalam dua perlawanan terakhir di AS semasa berhadapan West Ham United hari Jumaat ini.

Pep seru prestasi sama lawan West Ham sebagaimana ketika menentang Real Madrid dan Tottenham di Amerika Syarikat...

Galeri Foto

City ke Iceland: Galeri Kembara