quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kemenangan ke atas Bournemouth ‘istimewa’

Pep Guardiola menyifatkan kemenangan Manchester City di minit-minit akhir ke atas Cherries adalah ‘istimewa’.

Citizens mendominasi permainan agak lama namun kelihatan hampir berakhir dengan kekecewaan sekali lagi untuk sekadar seri selepas gol pembuka Charlie Daniels disamakan oleh Gabriel Jesus.

Namun gol kemenangan Raheem Sterling pada minit ke-97 membawa para penyokong City yang datang dari jauh membuak rasa emosi mereka meraikan kemenangan di pinggir padang untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dari awal musim.

“Kemenangan di minit akhir sentiasa istimewa, “ ujar Pep.

“Ia perlawanan sukar, ia sentiasa rumit menentang Bournemouth. Mereka gemar bermain bola panjang, bola ke lorong-lorong dan bermain ‘set-pieces’ tapi kami dapat mengawal permainan dengan baik.

“Kami telah mencuba dengan penyudahan walaupun ia tidak berapa bagus, tapi kami tetap mencuba.

“Amat gembira atas kemenangan ini. Bournemouth bermain lebih baik pada 10-20 minit pertama sebelum gol Daniels yang begitu menakjubkan.

“Selepas mereka menjaringkan gol kami mula bermain dengan lebih baik dan mencipta banyak peluang yang boleh menghasilkan satu hingga dua gol.

“Separuh masa kedua, kami bermula perlahan tapi masih menguasai permainan dan cuba menyerang pasukan dengan sebelas pemain bertahan.”

Kemenangan tersebut membawa City mengumpul tujuh mata dari tiga perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris musim ini selepas kemenangan perlawanan pembuka di Brighton diikuti seri dengan Everton di Stadium Etihad.

“Ia permulaan bagus, kami sudah tentu lebih suka sembilan mata penuh namun Liga Perdana Inggeris sukar sama ada di tempat sendiri atau lawan.

“Hari ini ia sukar sama seperti menentang Everton.

“Pada hari Isnin lalu, kami berhak raih satu mata dan hari ini kami selayaknya meraih mata sama atau lebih, jadi kami meraih mata yang kami berhak.”

Ketika ditanya tentang keputusan pengadil mengenakan kad merah terhadap Raheem Sterling yang membawa terlepas perlawanan besar menentang Liverpool, Pep menambah: "Saya tidak faham, mungkin seseorang boleh jelaskan kepada saya.

Image result for sterling red card

"Dia meraikan gol kemenangan, jadi saya tidak tahu apa yang berlaku. Saya ingin tahu kerana menentang Liverpool dia tidak dapat bermain, begitu juga Kyle Walker.

"Jika kami tidak meraikan bersama para peminat mungkin kita bermain tanpa kehadiran mereka."

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Bournemouth vs Man City

Bournemouth merupakan lawan City seterusnya dalam Liga Perdana Inggeris dan berikut segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan dengan Cherries.

Tarikh dan masa perlawanan, lokasi dan siaran langsung TV...

Berita Pasukan Utama

Mendy bakal debut lawan Bournemouth

Benjamin Mendy kemungkinan akan tampil buat kali pertama buat Manchester City di Bournemouth Sabtu ini.

Sidang media Pep Guardiola menjelang kunjungan ke Bournemouth.

Galeri Foto

Persiapan skuad ke Bournemouth