quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Rumusan urusan perpindahan Musim Panas

Jendela perpindahan pemain untuk Musim Panas telah ditutup jam 11 malam 31 Ogos lalu yang disifatkan sebagai amat positif buat Manchester City.

Pep Guardiola berupaya membugarkan skuadnya dengan siri perpindahan yang mengujakan yang telah secara keseluruhan telah menambah kekuatan seluruh posisi dalam pasukan.

City sudahpun terlebih awal memperkukuhkan skuad mereka dengan ketibaan bintang Brazil, Gabriel Jesus bulan Januari selepas ditandatangani musim panas lalu dari Palmeiras.

Dengan musim lalu menutup tirai City telah bertindak bijak dengan melakukan urusan lebih awal berbanding kelab-kelab lain, sebelum jendela perpindahan dibuka secara rasmi.

Wajah-wajah baru

City telah mendatangkan pemain tengah Portugal, Bernardo Silva dari Monaco yang berusia 23 tahun yang dianggap sebagai salah seorang pemain tengah serangan yang paling diingini yang telah membantu kelabnya menjulang kejuaraan Liga Perancis dan samai ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Ketibaan Bernardo kemudiannya diikuti pantas oleh penjaga muda Brazil, Ederson Moraes, yang baru berusia 24 tahun berpindahn dari juara Portugal, SL Benfica.

Menjelang sesi jelajah musim panas di Amerika Syarikat, kelab turut sibuk dalam menambah tiga lagi pemain baru.

Pemain pertahanan kanan England, Kyle Walker, 27, berpindah dari Tottenham Hotspur kemudian diikuti Danilo Luiz, 26, bek kanan Brazil dari juara Eropah, Real Madrid.

Ia kemudian diikuti penandatangan bek kiri Perancis  dari AS Monaco, Benjamin Mendy, yang baru berusia 23 tahun.

Image result for douglas luiz

Selain 5 pemain baru untuk pasukan utama, City turut membeli pemain tengah muda Brazil, Douglas Luiz, 19 dari Vasco da Gama yang kemudian dipinjamkan ke Girona FC.

Berpindah keluar

Sementara itu musim panas turut menyaksikan sejumlah 16 pemain dari barisan pemain lama City menamatkan kontrak dan berhijrah ke kelab-kelab lain, juga beberapa pemain muda.

Penyerang (5): Nolito ke Sevilla, Aaron Mooy ke Huddersfield, Kelechi Iheanacho ke Leicester City, Enes Unal ke Villareal dan Wilfried Bony ke Swansea.

Pertahanan (4): Pablo Zabaleta ke West Ham selepas berbakti sembilan tahun dan Aleks Kolarov ke AS Roma selepas tujuh tahun bersama City. Begitu juga Gael Clichy ke Istanbul Basaksehir serta Bacary Sagna kembali ke Perancis.

Pemain tengah (3): Samir Nasri ke Antalyaspor dan Fernando Reges ke Galatasaray, manakala Bruno Zuculini ke Hellas Verona.

Pemain sayap (1): Jesus Navas kembali ke Sevilla.

Penjaga gol (1): Willy Caballero yang tamat kontrak menyertai Chelsea.

Pemain muda EDS (2): Olivier Ntcham sertai Celtic dan Jadon Sancho ke Borussia Dortmund.

 

Dipinjam keluar

Selain itu beberapa pemain turut dipinjamkan ke kelab-kelab lain termasuk Joe Hart ke West Ham United, Jason Denayer ke Galatasaray, Patrick Roberts ke Celtic, Angelino ke NAC Breda dan Angus Gunn ke Norwich.

Sementara barisan pemain muda yang dipinjamkan Aleix Garcia ke Girona, Marlos Moreno ke Girona, Manu Garcia ke Girona, Douglas Luiz ke Girona, Isaac Buckley ke Twente FC, Bersant Celina ke Ipswich, Thierry Ambrose ke NAC Breda, Ashley Brown ke Hearts of Midlothian dan Kean Bryan ke Oldham Athletic.

 

Berita Pasukan Utama

Wilfried Bony kembali ke Swansea

Berita Pasukan Utama

Jason Denayer dipinjamkan ke Galatasaray

Berita Pasukan Utama

De Bruyne sasar City rangkul piala musim ini

De Bruyne interview

Raja pembantu jaringan, Kevin De Bruyne berkata yang beliau teruja untuk terus berjuang dan membantu Manchester City dalam merangkul piala musim ini.

Wawancara khas bersama Kevin De Bruyne sempena genap dua tahun bersama Manchester City.