quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kelechi Iheanacho sertai Leicester

Kelechi Iheanacho telah menyertai Leicester City secara kekal.

Pemain berusia 20 tahun itu telah tampil sebanyak 64 kali buat City dan menjaringkan 21 gol serta membantu kelab merangkul Piala Liga (Capital One Cup) pada tahun 2016.

Beliau tampil kali pertama ketika menntang Watford pada bulan Ogos 2015 dan dua minggu kemudian menjaringkan gol kemenangan di Crystal Palace hanya selepas beberapa saat diturunkan dari bangku simpanan.

Image result for kelechi iheanacho v palace

Jaringan hatrik pertama dicatat semasa kemenangan 4-0 ke atas Aston Villa dalam Piala FA pada Januari 2016 dan beliau menamatkan kempen pada masa itu dengan 14 gol di kesemua kejohanan meskipun kebanyakannya dari penampilannya sebagai pemain gantian.

Related image

Pada musim lalu telah menyaksikannya bergelut dengan jumlah waktu permainan namun masih mengagumkan dengan menjaring tujuh gol termasuk gol kemenangan dalam derbi Manchester di Old Trafford pada bulan September.

Image result for kelechi iheanacho v man united

Iheanacho tampil sebanyak sembilan kali buat pasukan kebangsaan Nigeria sepanjang dua tahun lalu dengan menjaringkan enam gol.

Setiap kami di Manchester City mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya buat Kelechi dengan cabaran barunya di Stadium King Power.

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Man City vs West Ham

Manchester City akan menutup persiapan pramusim dengan menentang West Ham United di Iceland, berikut segala yang anda ingin perlu tahu…

Perlawanan persahabatan pramusim City menentang West Ham di Iceland..

Galeri Foto

Musim baru kian hampir!

Berita Pasukan Utama

Douglas Luiz dipinjamkan ke Girona

Douglas Luiz sertai Girona untuk satu tahun pinjaman

Pemain tengah Manchester City; Douglas Luiz hari ini dipinjamkan ke kelab Girona untuk satu musim