quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep seru prestasi sama lawan West Ham

Pep Guardiola mahu melihat para pemainnya meneruskan prestasi cemerlang dalam dua perlawanan terakhir di AS semasa berhadapan West Ham United hari Jumaat ini.

City mempersembahkan permainan memukau dalam dua perlawanan terakhir dalam Jelajah Amerika Syarikat dengan menewaskan Real Madrid 4-1 di Los Angeles sebelum membenamkan Tottenham Hotspur 3-0 di Nashville.

Kedua-dua perlawanan telah menyaksikan City begitu menyerlah dengan kualiti bola sepak menyerang dan Guardiola mahukan prestasi sama semasa menentang pasukan bimbingan Slaven Bilic di Reykjavik, perlawanan ‘pemanas badan’ terakhir sebelum perlawanan pembuka musim di Brighton minggu depan.

“Ia perlawanan terakhir dari pramusim kami sebelum kami memulakan musim baru,” ujar Pep semasa sidang media di Stadium Laugardalsvollur hari Khamis.

 

“Diharap kami dapat kekalkan prestasi kami terutama dari dua perlawanan terakhir dengan tanpa kecederaan.

“Sasaran kami untuk terus maju ke hadapan itu yang kami mahu lakukan.

“Perlawanan adalah cara terbaik untuk memperbaiki pasukan, lebih dari sesi latihan dan seumpamanya.

“Dan sudah tentu kami bermain menentang satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris yang mempunyai ramai pemain berbakat, oleh sebab itu ia perlawanan menarik buat kami.”

Guardiola telah menambah lima muka baru dalam skuadnya pada musim panas ini dengan membawa masuk Bernardo Silva, Ederson, Kyle Walker, Danilo dan Benjamin Mendy.

Pengurus asal Catalan itu turut telah menyerapkan beberapa pemain muda dalam Jelajah Amerika Syarikat dengan prestasi cemerlang Phil Foden dan Brahim Diaz.

Walker begitu lincah ketika menentang bekas pasukannya, Spurs dan Guardiola berkata dia berpuas hati dengan cara pemain pertahanan England itu dapat menyesuaikan diri dalam pasukan begitu cepat.

“Kyle tahu selok belok Liga Perdana Inggeris dan kenal sebahagian pemain dalam skuad dengan baik iaitu John Stones dan Raheem Sterling,” ujarnya.

“Saya sentiasa berpandangan para pemain ternama dapat serasi dengan cepat.

“Kadang-kadang apabila anda datang dari negara lain anda perlukan sedikit masa tapi oleh kerana dia telah berada di sini dia sudah tahu segalanya.

Image result for ederson man city vs real madrid

“Dia ada keinginan, bukan sahaja Kyle, tapi setiap pemain baru – Ederson memberi impak hebat pada pasukan sebagai penjaga gol, begitu juga pemain baru lain.

“Para pemain muda juga – Brahim, Foden, Zinchenko, kesemua mereka telah bermain dengan bagus.”

* Perlawanan ‘Super Match’ menentang West Ham United akan berlangsung pada pukul 3 petang waktu tempatan Iceland, Jumaat, 4 Ogos bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia. Tiada siaran langsung di Astro. Ikuti liputan perlawanan di akaun Twiter rasmi kami @ManCityMAS.

Galeri Foto

City ke Iceland: Galeri Kembara

Berita Pasukan Utama

Kelechi Iheanacho sertai Leicester

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Man City vs West Ham

Manchester City akan menutup persiapan pramusim dengan menentang West Ham United di Iceland, berikut segala yang anda ingin perlu tahu…

Perlawanan persahabatan pramusim City menentang West Ham di Iceland..