quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Mendy bakal debut lawan Bournemouth

Benjamin Mendy kemungkinan akan tampil buat kali pertama buat Manchester City di Bournemouth Sabtu ini.

Pemain pertahanan penuh Perancis tersebut telah ditandatangani dari Monaco dan mengalami kecederaan betis sebelum menyertai City yang melambatkan penglibatannya bersama pasukan utama.

Namun beliau telah kembali berlatih secara penuh minggu lalu sebaik sahaja sembuh dan dapat beraksi untuk pertama kali menentang pasukan kendalian Eddie Howe.

Pep Guardiola telah mengesahkan yang beliau akan menyertai skuad ke Stadium Vitality hari Sabtu dan dijangka akan tampi buat kali pertama untuk City berikutan Kyle Walker digantung perlawanan yang menyaksikan Danilo bermain di posisi bek kanan.

“Mendy ikut serta kami ke Bournemouth,” ujar Pep.

“Saya tidak tahu jika dia akan bermain, tapi dia akan ikut serta bersama kami kerana Kyle tidak dapat bermain.

“Saya rasa Danilo akan bermain di posisi pertahanan kanan.”

Bos juga memberi perkembangan tentang proses pemulihan Ilkay Gundogan.

Pemain tengah Jermain itu tidak beraski semenjak bulan November tahun lalu berikutan kecederaan lutut, namun kembali bermain selama 20 minit dalam perlawanan persahabatan menentang Girona.

Image result for gundogan training 2017

Guardiola telah mengesahkan yang beliau akan bermain bersama pasukan EDS menentang Leicester malam Sabtu untuk cergas sepenuhnya.

“Gundogan akan bermain bersama pasukan kedua hari ini untuk memperbaiki rentak permainannya, dia bertambah baik kini.”

* Perlawanan akan berlangsung hari Sabtu, 26 Ogos, jam 12.30 tengahari UK bersamaan pukul 7.30 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 816/834 HD. Liputan langsung perlawanan di akaun Twitter Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Galeri Foto

Persiapan skuad ke Bournemouth

Galeri Foto

Persiapan skuad ke Bournemouth

Berita Pasukan Utama

Txixi: Kumpulan F bukan laluan mudah

Txixi Begiristain mahu menyaksikan Manchester City sampai ke peringkat tertinggi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah secara kebiasaan.

Pengarah Bola Sepak City percaya pasukan Pep Guardiola mampu pergi lebih jauh lagi dalam kejohanan elit Eropah namun merasakan ia bukan laluan mudah selepas undian peringkat kumpulan.