quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Man City tanpa dua pemain hadapi Brighton

Benjamin Mendy dan Ilkay Gundogan kian pulih namun kedua-duanya tidak bersedia untuk perlawanan pertama Manchester City di musim baru hari Sabtu ini di Brighton.

Pep Guardiola menjelaskan kedua-dua pemain tersebut hampir sembuh namun merasakan perlawanan pembuka musim menentang pasukan kendalian Chris Hughton terlalu awal untuk kedua-dua mereka beraksi.

Image result for gundogan training 2017

Guardiola turut menegaskan bahaya yang beliau rasakan dari pasukan yang baru dipromosi ke Liga Perdana Inggeris dengan mengatakan City perlu berwaspada dalam kunjungan ke Stadium Amex untuk menangkis ancaman Brighton yang kembali semula ke liga utama Inggeris.

“Mendy dan Gundogan tidak cergas. Saya rasa mereka akan dapat bermain semula tidak lama lagi tapi bukan untuk perlawanan ini,” ujar Pep.

 Image result for mendy training man city 2017

“Pengalaman saya menjadi pengurus, selalunya pada permulaan musim pasukan baru dipromosi adalah yang paling mencabar.

“Kami telah bercakap dan menyaksikan musim lalu betapa sukarnya liga ini.

“Pasukan-pasukan yang tiba dalam empat lima enam perlawanan pertama sentiasa rumit.

Related image

“Tapi kami akan cuba untuk memenangi perlawanan-perlawanan.”

Guardiola telah menafikan yang beliau lebih merasa tertekan musim ini selepas urusan perpindahan pemain musim panas telah menyaksikan City membawa masuk lima muka baru.

Bernardo Silva, Ederson, Kyle Walker, Mendy dan Danilo kesemuanya menyertai skuad yang menjadikan pasukan City lebih bertenaga dan segar.

Pep walker

Beliau juga turut ditanya tentang kritikan City berbelanja besar dan yuran perpindahan pemain yang tinggi melibatkan beberapa pemainnya dan juga kelab-kelab lain.

" Ya kami akui berbelanja besar tapi pasukan-pasukan lain turut melakukannya sama, apa sahaja boleh berlaku sehingga jendela perpindahan pemain ditutup akhir bulan ini. 

" Sebelum ini skuad kami merupakan yang 'paling berusia' dalam Liga Perdana Inggeris, jadi kami putuskan membawa masuk para pemain muda untuk jangka masa lima hingga enam tahun akan datang.

Image result for manchester city squad pre season tour 2017 international champions cup

" Mereka masih muda dan akan kekal lama di sini. Diharap musim depan saya masih di sini dan kami tidak akan berbelanja besar seperti musim ini, dan hanya akan membeli seorang dua atau mungkin tiga pemain sahaja.

"Kami habis kontrak lima enam pemain, City tiada bek penuh jadi kami perlu membeli tiga pemain pertahanan dan pasaran amat mendesak.

Menyentuh yuran pemain yang tinggi, Pep menambah: "Ia bermula dengan Real Madrid dengan Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale, kini Neymar. Saya rasa lambat laun yuran perpindahan pemain yang tinggi akan berakhir, ia tidak akan kekal lama. Dulu kelab-kelab besar Sepanyol berbelanja besar kini PSG lakukannya.

"Strategi kami menandatangani awal para pemain untuk mengelak bayaran yuran yang mahal, ia sentiasa susah buat kelab-kelab Liga Inggeris. Kelab bertindak bijak kerana lakukannya lebih awal, kini harga pemain semakin meningkat tinggi.

Pep juga ditanya tentang City menjadi pilihan untuk menjuarai liga musim ini apabila majoriti para pemerhati sukan memilih pasukannya berbanding pencabar lain.

Namun Pep menyelar dengan mengatakan: “Saya merasa tekanan sama sahaja. Kita akan sama-sama lihat apa akan berlaku di akhir musim nanti.

“Pada musim lalu, pada awalnya City turut menjadi pasukan pilihan, namun pada akhir musim kami di kedudukan ketiga 15 mata di belakang juara. Pada masa itu keyakinan saya tetap sama.

"Saya jujur dalam kerja saya, kami di sini untuk memenangi perlawanan-perlawanan namun setiap perlawanan adalah rumit.”

* Perlawanan menentang Brighton akan berlangsung hari Sabtu 12 Ogos, jam 5.30 petang UK bersamaan pukul 12.30 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ke udara di saluran Astro 816/834 HD.  

 

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Brighton vs Manchester City

Segala yang anda ingin tahu menjelang perlawanan pembuka Liga Perdana Inggeris musim baru 2017/18 menentang Brighton and Hove Albion.

Lokasi dan masa siaran perlawanan, berita pasukan dan rekod pertemuan terakhir Brighton dan Manchester City.

Apa Kata Media

Pengulas sukan ramal City bakal juara EPL

Previu dan ramalan para pengulas sukan tentang Liga Perdana Inggeris menjadi liputan media hari ini menjelang perlawanan pembuka musim hari Sabtu ini.

Secara keseluruhan pandangan mereka ia bakal menjanjikan musim antara paling mengujakan namun nama Manchester City menjadi sebutan kebanyakan mereka.

Galeri Foto

Galeri Persiapan Musim Baru 2017/18