quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kompany: Liga Perdana Inggeris penuh drama

Kapten Manchester City mengatakan yang kemenangan dramatis City di Bournemouth menjadi penyambut datang paling sempurna buat Benjamin Mendy dan Bernardo Silva ke England.

City kelihatan hampir dihampakan pasukan kendalian Eddie Howe dengan Gabriel Jesus menyamakan gol awal Charlie Daniels sebelum gol kemenangan minit ke-97 oleh Raheem Sterling untuk menjamin tiga mata penuh.

Sterling kemudiannya dikenakan kad kuning kedua oleh pengadil Mike Dean atas alasan meraikan golnya bersama para penyokong City yang begitu teruja di minit akhir permainan.

Image result for kompany bournemouth 1-2 man city

Ia perlawanan yang ‘menggilakan’ dan tidak cukup nafas menurut Kompany yang memberikan gambaran awal Liga Inggeris kepada dua pemain baru City yang pertama kali diturunkan di awal perlawanan Bernardo dan Mendy.

“Penuh gila. Itu perkara pertama saya katakan pada Benjamin Mendy dan Bernardo Silva, sebagai selamat datang ke Liga Perdana Inggeris,” ujar Kompany.

Image result for mendy bournemouth 1-2 man city

“Saya rasa kami telah bermain dengan bagus seperti kami lakukan menentang Everton. Kami tidak menggunakan peluang untuk menjaringkan gol tapi kami ada para pemain berfizikal tinggi, kuat dan apa sahaja boleh berlaku. Kami berhak menang, tapi mereka jadikan ia sukar buat kami.

“Kekuatan karakter ditonjolkan dan kami turut menangani dengan cabaran fizikal juga. Secara keseluruhan kami menang 95% dari pertarungan, yang mana ia petanda baik.”

Image result for kompany bournemouth 1-2 man city

Kompany turut memberi reaksi atas kad merah dikenakan kepada Sterling dengan menambah: “Saya tidak tahu sama ada para penonton berlari ke arah Raheem atau dia yang berlari ke arah penyokong. Ia terlalu banyak emosi untuk dikawal.

Image result for kompany bournemouth 1-2 man city

Rakan sepasukan, Bernardo Silva yang telah mempamerkan permainan cemerlang sebelum diganti masuk oleh Sergio Aguero di babak kedua mengakui salah satu perasaan yang dirasinya adalah merasa lega

“Ia perlawanan sukar buat kami. Kami tidak bermula dengan bagus namun selepas itu kami bermain dengan baik,” ujar pemain tengah Portugal.

 Image result for bernardo bournemouth 1-2 man city

“Semua permainan sukar, semua pasukan mencabar tapi kami berjaya meraih tiga mata penuh.

“Pengurus telah meminta saya jadi seperti saya sendiri sebagaimana syaa lakukan musim lalu untuk Monaco. Saya perlu sesuaikan diri dalam pasukan dan saya rasa cukup selesa.”

Ketika ditanya tentang keputusan kontroversi pengadil Mike Dean melayangkan kad merah kepada Sterling, Bernardo menambah: "Ia detik penuh emosi buat Sterling, jika saya berjaya menjaringkan gol kemenangan di minit akhir, nescaya saya lakukan perkara yang sama meraikannya bersama para peminat."

 

Berita Pasukan Utama

Pep: Kemenangan ke atas Bournemouth ‘istimewa’

Laporan Perlawanan

City raih kemenangan dramatis di Bournemouth

Manchester City meraih tiga mata penuh selepas berhempas pulas dengan gol kemenangan di minit terakhir masa tambahan ke atas Bournemouth oleh Raheem Sterling sebelum dikenakan kad merah.

Laporan perlawanan Bournemouth 1 Manchester City 2

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Bournemouth vs Man City

Bournemouth merupakan lawan City seterusnya dalam Liga Perdana Inggeris dan berikut segala yang anda perlu tahu menjelang pertemuan dengan Cherries.

Tarikh dan masa perlawanan, lokasi dan siaran langsung TV...