quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

De Bruyne sasar City rangkul piala musim ini

De Bruyne interview

De Bruyne interview

Raja pembantu jaringan, Kevin De Bruyne berkata yang beliau teruja untuk terus berjuang dan membantu Manchester City dalam merangkul piala musim ini.

De Bruyne yang genap dua tahun bersama Manchester City sejak berpindah dari Wolfsburg pada 30 Ogos 2015 telah memulakan musim ini dengan cemerlang dengan 89 penampilan, 23 gol dan 35 bantuan jaringan di kesemua kejohanan setakat ini.

Pemain tengah Belgium itu berkata yang beliau teruja membangunkan apa yang telah dibina dalam masa dua musim di Stadium Etihad dan memainkan peranannya membantu pasukan Pep Guardiola mencapai kejayaan musim ini.

“Pep hanya mahukan saya membantu pasukan seberapa yang boleh musim ini, namun beliau tidak menjelaskan secara terperinci sesuatu aspek yang diingininya,” ujar pemain berusia 26 tahun itu.

“Saya hanya mencuba sebaik mungkin semasa pramusim. Ia satu tempoh yang lama dan kami telah melalui pramusim yang bagus, dan saya merasa lebih segar dan bertenaga, dan cuba melakukan yang terbaik.”

Related image

Selepas mencatat nama dengan reputasi sebagai salah seorang pemain paling kreatif dalam Liga Perdana Inggeris, De Bruyne telah menjadi pembantu jaringan gol terbanyak musim lalu dalam liga untuk 18 gol.

Musim ini beliau dan rakan-rakan sepasukan mengharapkan mereka akan mencapai jumlah gol yang lebih musim ini dan prestasi lebih berbanding musim lalu.

Image result for pep and kevin de bruyne pre season

Namun De Bruyne menegaskan yang beliau dan rakan-rakan sepasukan tidak akan membenarkan fokus mereka hilang sekembali dari rehat antarabangsa apabila City menerima kunjungan Liverpool pada 9 September nanti.

“Saya tahu pasukan lawan cuba mengawal saya dan para pemain lain di bahagian tengah juga serangan, tapi ia tidak menjadi masalah,” ujarnya.

Related image

“Kami hanya ingin memenangi perlawanan-perlawanan kami, tidak kira apa sahaja yang berlaku.”

Apa Kata Media

Sanchez dan Evans terus diburu City

Dengan 24 jam sebelum jendela perpindahan musim panas akan ditutup, media terus kencang dengan gosip perpindahan pemain dikaitkan dengan City hari ini.

Gosip perpindahan pemain dengan Alexis Sanchez dan Jonny Evans menjadi sebutan.

Galeri Foto

Berlatih di rehat antarabangsa

Berita Pasukan Utama

Kompany: Liga Perdana Inggeris penuh drama

Kapten Manchester City mengatakan yang kemenangan dramatis City di Bournemouth menjadi penyambut datang paling sempurna buat Benjamin Mendy dan Bernardo Silva ke England.

Reaksi Vincent Kompany dan Bernardo Silva selepas kemenangan 2-1 di Bournemouth.