quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Fernando sertai Galatasaray

Pemain tengah City asal Brazil, Fernando Reges telah menyertai Galatasaray secara kekal.

Beliau telah menyertai Manchester City pada musim panas 2014 dari Porto dan kemudian tampil sebanyak 101 kali untuk kelab sepanjang tiga tahun dengan menjaringkan empat gol termasuk gol ke-1000 City dalam Liga Perdana Inggeris dari jarak dekat menentang West Brom pada bulan Mac 2015.

Fernando turut membantu City menjulang Piala Capital One pada tahun 2016 dengan bermain sebanyak lima kali dalam laluan merangkul kejuaraan, termasuk 76 minit di perlawanan akhir di Wembley menentang Liverpool.

Sering dilihat sebagai pemain penting dalam perlawanan-perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dengan menawarkan perlindungan tambahan kepada barisan pertahanan yang telah membawa City sampai ke semifinal buat pertama kali pada tahun 2016.

Mengulas masanya di City, Fernando berkat: “Ia satu penghormatan untuk bermain buat Manchester City.

“Kelab ini telah menjaga saya dengan baik sepanjang masa saya berada di sini dan saya telah meikmati cabaran bermain untuk sebuah kelab ternama dalam liga antara tersukar di dunia.

Image result for fernando reges city capital one cup 2016

“Kejayaan Piala Liga 2016 merupakan kemuncak buat saya, sesuatu yang saya tak akan lupakan.”

Pengarah Bola Sepak City, Txixi Begiristain menambah: “Fernando telah memberi khidmat terbaik kepada City. Beliau seorang pemain profesional yang penuh berdedikasi dan telah memberi sumbangan jelas sepanjang tempohnya di sini.

“Saya pasti dia akan terus membuktikan kualitinya untuk tahun-tahun mendatang.”

Setiap kami di City mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya buat Fernando.

Berita Pasukan Utama

Pep puji pramusim yang positif

Pep Guardiola melahirkan rasa puas hati dengan persiapan musim baru pasukannya selepas menutup pramusim dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas West Ham di Iceland.

Reaks Pep Guardiola selepas menutup kempen pramusim dengan kemenangan ke atas West Ham United di Reykjavik, Icelan.

Laporan Perlawanan

City ungguli West Ham di Iceland

Manchester City menamatkan pramusim mereka dengan bergaya selepas menang 3-0 ke atas West Ham United di Stadium Laugardalsvöllur, Reykjavik, Iceland petang Jumaat.

Laporan perlawanan Man City lwn West Ham, Iceland

Berita Pasukan Utama

Siaran langsung City vs West Ham dari Iceland

Ikuti siaran langsung khas buat anda di Malaysia, perlawanan persahabatan terakhir City menentang West Ham United dari Stadium Laugardalsvöllur, Reykjavik, Iceland.

Pep Guardiola mempersiapkan skuadnya untuk persediaan musim baru 2017/18 dengan perlawanan persahabatan terakhir 'Super Match' melawan Hammers..