quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Tiada kecederaan baru menjelang lawan Everton

Bos Manchester City, Pep Guardiola mengatakan tiada kecederaan baru skuadnya menjelang perlawanan pertama di laman sendiri musim ini menentang Everton malam Selasa.

Ilkay Gundogan telah kembali beraksi selama 20 minit semasa perlawanan menentang Girona Selasa lalu selepas direhatkan selama lapan bulan dan dalam pemilihan skuad.

Pemain baru, Benjamin Mendy yang masih belum bermain buat City dalam tahap akhir pemulihan dari kecederaan betis, dan Fabian Delph turut sama hampir sembuh sepenuhnya.

“Mereka semua sihat dan cergas, tiada kecederaan baru. Ilkay telah kemnbali beraksi untuk beberapa minit selepas lapan bulan direhatkan.

“Mendy dalam proses akhir pemulihan namun masih belum sembuh sepenuhnya, tapi hampir.

“Dan begitu juga dengan Fabian Delph, sama keadaannya seperti Mendy, jadi kami ada kesemua pemain lain cergas.”

Image result for mendy training

Gundogan tiba di City pada musim panas 2016/17 tapi mengalami kecederaan lutut semasa pertemuan dengan Watford bulan Disember lalu yang telah menyaksikannya direhatkan untuk baki musim lalu.

Ia satu tamparan buat bintang Jerman tersebut yang begitu menyerlah sejak ketibaannya di Stadium Etihad termasuk menyumbangkan dua gol penting menentang West Brom bulan Oktober sebelum menambah dua gol lagi dalam kemenangan 3-1 ke atas Barcelona di Stadium Etihad.

Image result for gundogan vs barcelona

Guardiola berkata yang proses pemulihan Ilkay berjalan dengan baik namun mengakui kembalinya beliau beraksi bersama pasukan utama perlu diurusi dengan hati-hati.

“Gundogan telah bermain beberapa minit di Girona, jadi kita akan lihat nanti, dia juga berlatih dengan baik. Dia perlukan masa, keyakinan.

“Apabila anda mengalami masalah sama yang dihadapi sejak dua tahun, ia perlu untuk merasa pasti bersedia sepenuhnya.

“Namun dia telah bermain beberapa minit dan itu adalah langkah pertama.”

Menyentuh kunjungan Toffees kendalian Ronald Koeman malam Selasa depan, Pep mengatakan: "Everton adalah satu kelab ternama dengan para pemain hebat. Mereka telah membeli beberapa pemain bagus musim ini dan mereka adalah salah satu pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris."

Image result for kyle walker man city

Sementara itu, Guardiola turut menjelaskan ketiadaan Kyle Walker dalam rombongan skuad ke Girona tempohari.

Walker yang menyertai City dari Spurs telah diberi cuti kerana isterinya hampir untuk melahirkan anak mereka.

“Isterinya mengandung dan dia hampir menjadi ayah sekali lagi, oleh sebab itu dia tidak ikut serta untuk menanti saat-saat indah.”

Menyentuh trajedi serangan yang berlaku di Barcelona pada hari Khamis dengan 14 orang terkorban setakat ini Pep menambah: "Saya bersimpati dengan keluarga yang terkorban tapi saya percaya kota tersebut akan bangkit semula dan menunjukkan kepada dunia betapa indahnya Catalonia."

* Perlawanan menentang Everton akan berlangsung hari Isnin, 21 Ogos jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 3 pagi Selasa, 22 Ogos waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 816/834HD.

 

Apa Kata Media

City lakukan bidaan akhir untuk Evans dan Sanchez?

Jonny Evans, Alexis Sanchez dan Kylian Mbappe antara nama jadi liputan media hari ini yang dikaitkan dengan Manchester City.

Hari ini, media heboh memperkatakan tentang perkaitan City denngan bekas pemain pertahanan Manchester United yang kini bersama West Brom, Jonny Evans.

Laporan Perlawanan

City kalah tipis kepada Girona persahabatan

Manchester City tewas 1-0 kepada Girona FC dalam Pep Guardiola memberi peluang kepada pemainnya beraksi dalam persiapan perlawanan pertama di Stadium Etihad menentang Everton Isnin depan.

Laporan perlawanan persahabatan Girona FC menentang Manchester City di Estadi Montilivi

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad ke kem latihan Girona

Manchester City terbang ke Sepanyol untuk menjalani latihan sebelum menyambung kembali saingan Liga Perdana Inggeris minggu depan.

Senarai skuad Manchester City untuk perlawanan persahabtan menentang Girona FC.