quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Info Penting: Undian peringkat kumpulan UCL

UCL Draw

UCL Draw

Manchester City akan mengetahui nasib mereka untuk memulakan kempen kali ketujuh Liga Juara-Juara Eropah buat pasukan minggu ini.

Kejohanan bola sepak elit Eropah untuk musim 2017/18 di peringkat kumpulan akan bermula September ini. Berikut segala maklumat yang anda perlu tahu menjelang undian peringkat kumpulan.

Bila?

Undian akan dilakukan pada hari Khamis 24 Ogos bermula jam 5 petang waktu UK bersamaan pukul 12 malam waktu Malaysia yang akan berlangsung selama 2 jam 15 minit.

Image result for pep guardiola city v barcelona

Di mana?

Sekali lagi Grimaldi Forum di Monaco akan menjadi lokasi acara undian yang melibatkan 32 pasukan yang layak bersaing di peringkat permulaan kejohanan dan mereka akan mengetahui lawan masing-masing.

Image result for ucl draw manchester city

Siaran?

Bagi anda di tanahair anda boleh menonton ‘live stream’ di laman web UEFA.com.

Kami juga akan membawa liputan langsung di akaun Twitter kami @ManCityMAS dan laman web my.mancity.com

Image result for man city ucl 2016/17 gundogan

Siapa?

Tiga puluh dua pasukan akan dibahagikan kepada empat balang dengan lapan pasukan setiap balang semasa undian nanti.

Juara bertahan kejohanan musim lalu, Real Madrid dan juara bagi setiap liga tempatan Eropah dari tujuh liga utama akan diletakkan di Balang 1.

Balang dua, tiga dan empat ditentukan oleh UEFA berdasarkan senarai ko-efisyen semasa kempen musim 2016/17.

City telah disahkan berada di Balang 2 yang akan berhadapan salah satu pasukan dari setiap tiga balang lagi, namun tidak akan diundi berhadapan pasukan dari England lain di peringkat kumpulan ini.

Balang 1: Real Madrid, Bayern Munich, Chelsea, Juventus, Benfica, Monaco, Spartak Moskva, Shakhtar Donetsk

Balang 2: Barcelona, Atlético Madrid, Paris Saint-Germain, Borussia Dortmund, Manchester City, FC Porto, Manchester United

Balang 3: FC Basel, Anderlecht, AS Roma, Besiktas, Olympiakos, Napoli, Tottenham Hotspur, Liverpool

Balang 4: Feyenoord, Red Bull Leipzig, Celtic, CSKA Moscow, FK Qarabag, MK Maribor, APOEL Nicosia, Sporting CP

Image result for man city ucl 2016/17 gundogan

Tarikh undian akan datang

Pusingan 16 akhir: 11 Disember

Suku akhir: 16 Mac 2018

Separuh akhir dan akhir: 13 April 2018

 Image result for man city ucl 2016/17

Tarikh Perlawanan

Perlawanan pertama: 12-13 September

Perlawanan kedua: 26-27 September

Perlawanan ketiga: 17-18 Oktober

Perlawanan keempat: 31-1 November

Perlawanan kelima: 21-22 November

Perlawanan keenam: 5-6 Disember

Perlawanan pertama 16 akhir: 13/14 Februari dan 20/21 Februari

Perlawanan kedua 16 akhir: 6/ Mac dan 13/14 Mac

Perlawanan pertama suku akhir: 3/ 4 April

Perlawanan kedua suku akhir: 10/11 April

Perlawanan pertama semifinal: 24/25 April

Perlawanan kedua semifinal: 1/ 2 Mei

Related image

Perlawanan Akhir

Penentu juara kejohanan musim ini akan berlangsung di NSC Olimpiyskiy, Kiev, Ukraine pada 26 Mei 2018.

Image result for Olimpiyskiy, Kiev,UCL final

Rekod kejohanan

Ini merupakan musim ketujuh berturut-turut Manchester City layak bersaing di Liga Juara-Juara Eropah dengan peringkat tertinggi Citizens layak sampai ke semifinal pada musim 2015/16 dengan kekalahan tipis agregat 1-0 kepada juara Real Madrid di bawah kendalian Manuel Pellegrini.

Image result for Man city 0-1 real madrid

Pada musim lalu City tersingkir di peringkat 16 akhir kepada AS Monaco dengan agregat 6-6 namun kelebihan gol Monaco di tempat lawan di musim pertama Pep Guardiola membimbing City.

Ketika itu City menduduki tempat kedua peringkat kumpulan kepada Barcelona dengan mencatat kemenangan bersejarah 3-1 di Stadium Etihad ke atas kelab gergasi Catalan selepas tewas 4-0 di Nou Camp.

Image result for Man city 3-1 barcelona

Siapakah anda ingin City bertemu di peringkat kumpulan nanti? Kongsikan bersama kami di @ManCityMAS.

 

Apa Kata Media

Destinasi Messi seterusnya..City?

Hari ini sekali lagi bintang Barcelona, Lionel Messi dikaitkan oleh media dengan perpindahannya ke Manchester City.

Media hari ini memaparkan perkembangan Lionel Messi dan Alexis Sanchez yang dikaitkan dengan Manchester City.

Berita Pasukan Utama

Bernardo harapkan kemenangan di Bournemouth

Bernardo Silva v Everton

Bernardo Silva mengatakan terus bekerja keras adalah reaksi terbaik selepas dikecewakan sekadar seri dengan Everton malam Selasa lalu di Stadium Etihad.

Reaksi Bernardo Silva dalam penampilan pertamanya di Stadium Etihad hasil seri 1-1 dengan Everton malam Selasa.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami telah cuba untuk menang

Pengurus City, Pep Guardiola memuji semangat juang pasukannya berlawan dengan 10 pemain menentang 11 pemain Everton yang berakhir seri 1-1, namun mengakui ia belum cukup bagus

Reaksi Pep Guardiola selepas City diikat seri 1-1 dengan Everton di Stadium Etihad, malam Selasa.