quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Lebih banyak lagi akan hadir dari City

Pengurus Pep Guardiola mengumumkan yang beliau gembira yang City mengharungi cabaran pertama musim baru Liga Perdana Inggeris dengan meraih tiga mata, namun berjanji masih banyak lagi akan hadir dari pasukan.

Penyudahan klinikal dari Sergio Aguero dan gol sendiri Lewis Dunk menjamin kemenangan buat Citizens menghadapi Seagulls yang begitu kental.

City bermain tidak sentiasa terbaik sepanjang 90 minit perlawanan namun dengan kebanjiran gol, kejutan dan drama melibatkan semua perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris kemenangan adalah hadiah terindah buat para peminat yang melakukan perjalanan ke selatan England tersebut untuk menyokong pasukan.

Guardiola berkata: “Kita telah saksikan semua perlawanan hari ini dan kelmarin betapa sukarnya untuk semua pasukan. Kami sedar yang Brighton merupakan satu pasukan yang baru dipromosi dengan penuh bersemangat, begitu juga para penyokong mereka.

“Tapi kami telah dihidangkan beberapa peluang pada beberapa minit pertama, dan selepas itu rentak permainan agak perlahan, ia tidak mudah menyerang dengan 10 pemain mereka berada dalam kotak penalti.

“Kami telah menguasai serangan balas dengan baik dan kami hanya terlepas satu peluang sepanjang 90 minit di tempat lawan, dan ia tidak mudah dalam Liga Perdana Inggeris.

“Kami amat berpuas hati untuk perlawanan pertama dengan cara kami telah bermain. Ia agak sama tahapnya dengan perlawanan pramusim dari segi gerak kerja tanpa bola, dan kami akan cuba perbaikinya lagi.”

Pep turut memuji para pemain barunya dengan Kyle Walker dan Danilo diturunkan dalam kesebelasan pertama buat pertama kali dalam Liga Perdana Inggeris buat City. Sementara Bernardo Silva sebagai pemain gantian di separuh masa kedua.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab untuk empat, lima tahun hadapan kami ada para pemain muda ini dengan berbakat besar.

“Musim lalu dengan kehadiran Leroy dan Gundogan, musim ini dengan Bernardo, Danilo, Mendy dan Kyle – mereka masih muda yang dapat bermain untuk empat, lima tahun.

“Tahniah untuk semua mereka yang bekerja dengan City, kami adalah satu kelab yang kuat.

“Kami stabil, kami perlu cuba untuk perbaiki lagi, namun apa yang penting dalam perlawanan pertama adalah kemenangan.”

Berita Pasukan Utama

Nombor Pemain Skuad Man City Musim 2017/18

Berita Pasukan Utama

Man City tanpa dua pemain hadapi Brighton

Benjamin Mendy dan Ilkay Gundogan kian pulih namun kedua-duanya tidak bersedia untuk perlawanan pertama Manchester City di musim baru hari Sabtu ini di Brighton.

Sidang media Pep Guardiola menjelang kunjungan Manchester City ke Brighton untuk perlawanan pembuka musim 2017/18 hari Sabtu.

Previu Perlawanan

Info Perlawanan: Brighton vs Manchester City

Segala yang anda ingin tahu menjelang perlawanan pembuka Liga Perdana Inggeris musim baru 2017/18 menentang Brighton and Hove Albion.

Lokasi dan masa siaran perlawanan, berita pasukan dan rekod pertemuan terakhir Brighton dan Manchester City.