quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kompany puji permainan sabar City

Vincent Kompany percaya kemenangan Manchester City 2-0 dalam Liga Perdana Inggeris di Brighton bukti yang pasukan Pep Guardiola telah belajar dari musim lalu.

City telah menunjukkan banyak kesabaran untuk mengatasi kekentalan dan kedegilan pasukan yang baru dipromosi, Brighton & Hove Albion yang dihadiri dengan para penyokong yang penuh di Stadium Amex.

Namun selepas tanpa jaringan pada 45 minit pertama, kualiti City lebih bagus berbanding pasukan lawan akhirnya terserlah dengan Sergio Aguero memecah kedudukan yang terikat pada minit ke-70 dan gol sendiri dari Lewis Dunk untuk menjamin tiga mata penuh lima minit kemudiannya.

Manchester City's Sergio Aguero scores their first goal

“Musim ini adalah panjang dan hari ini merupakan satu penambahbaikan dari banyak perkara berbanding musim lalu,” ujar Kompany.

“Kami melalui lima minit dengan keadaan tertekan, namun kami memagarkan badan-badan kami di garisan kotak penalti, melakukan beberapa terjahan penting di dalam petak penalti dan kemudian kami memperolehi gol pertama kerana kami sabar.

Brighton's Lewis Dunk looks dejected after scoring an own goal and the second for Manchester City

“Jadi saya rasa terdapat banyak perkara positif untuk kami bangunkan dalam pasukan ini.

“Kami perlu bersabar, pada separuh masa pertama mereka telah bertahan dengan bagus dan kami juga turut teratur, anda dapat lihat mereka mempunyai perancangan permainan yang jelas

Manchester City's Vincent Kompany warms up.

“Namun anda boleh lihat kami ada kualiti dalam pasukan dan pada separuh masa kedua ia telah beri perbezaan yang besar.”

Rakan gandingan pertahanan baru Kompany, Kyle Walker mempamerkan permainan cemerlang di penampilan pertamanya buat City dalam liga dengan menyediakan ancaman memacu bahagian serangan pasukan di bahagian sayap kanan.

Manchester City's Kyle Walker in action with Brighton's Mathew Ryan

Meskipun hanya beberapa minggu di kelab, pemain antarabangsa England itu mendedahkan yang beliau sudah merasa serasi dan ebati kehidupannya sebagai pemain City.

“Saya seronok bersama-sama rakan-rakan sepasukan dan mereka begitu mengalu-alukan kedatangan saya, ia satu perubahan besar selepas lapan hingga sembilan tahun di Spurs tapi saya gembira di sini dan bermain dengan senyuman di wajah saya.

“Kami tahu Brighton akan banyak bertahan tapi kami perlu menang di perlawanan pembuka, jadi kami semua merasa gembira.”

Berita Pasukan Utama

Pep: Lebih banyak lagi akan hadir dari City

Pengurus Pep Guardiola mengumumkan yang beliau gembira yang City mengharungi cabaran pertama musim baru Liga Perdana Inggeris dengan meraih tiga mata, namun berjanji masih banyak lagi akan hadir dari pasukan.

Reaksi Pengurus City, Pep Guardiola seusai kemenangan pasukan 2-0 ke atas Brighton

Laporan Perlawanan

City mulakan musim baru tawan Brighton

City memulakan musim baru 2017/18 saingan Liga Perdana Inggeris dengan ‘langkah kanan’ mengalahkan Brighton & Hove Albion 2-0 di Stadium Amex, petang Sabtu.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris | Brighton & Hove Albion 0 Manchester 2

Berita Pasukan Utama

Nombor Pemain Skuad Man City Musim 2017/18