quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Bernardo harapkan kemenangan di Bournemouth

Bernardo Silva v Everton

Bernardo Silva v Everton

Bernardo Silva mengatakan terus bekerja keras adalah reaksi terbaik selepas dikecewakan sekadar seri dengan Everton malam Selasa lalu di Stadium Etihad.

Pemain tengah Portugis itu tampil kali pertama beraksi di hadapan penyokong sendiri sebagai pemain gantian di separuh masa kedua dengan pasukan Pep Guardiola berjuang kurang seorang pemain untuk seri 1-1 hasil gol Raheem Sterling pada minit ke-82 selepas gol pembuka Wayne Rooney minit ke-35.

“Ia perlawanan sukar, sudah tentu kami ingin menang dan kami agak hampa, tapi kami telah bermain dengan baik. Kami bermula dengan bagus dan menguasai permainan, namun tidak bernasib baik mereka berjaya menjaringkan gol pertama dan selepas itu Kyle diarah keluar padang, segalanya menjadi lebih rumit.

Image result for bernardo silva city 1-1 everton

“Namun pasukan telah memberi reaksi positif pada babak kedua dan saya percaya kami berhak beroleh tiga mata penuh.

“Everton sentiasa merupakan pasukan sukar dan setiap orang tahu, mereka telah berbelanja besar musim panas dan mempunyai satu skuad yang kuat, dan kami tahu yang kami menghadapi kesusahan.

Image result for bernardo silva city 1-1 everton

“Namun tidak bernasib baik kami tidak berupaya menang tapi kami akan terus mensasarkan tiga mata penuh untuk perlawanan akan datang.”

Ketika ditanya pandangannya selepas beraksi dalam dua perlawanan Liga Perdana Inggeris buat City setakat ini dan pertama kali beraksi di hadapan para penyokong City di laman sendiri.

Bernardo, 23, turut hampir menjaringkan gol debut buat kelab namun dihadang pertahanan Everton.

“Ia satu liga yang berbeza, suasana hebat, para penyokong juga hebat, saya merasa amat dialu-alukan di sini seperti rumah sendiri.

Image result for bernardo silva city 1-1 everton

“Walaupun kami tidak menang, ia satu pengalaman luar biasa buat saya, dan merasa amat seronok.

“Diharap kami akan membawa pulang tiga mata penuh dari Bournemouth Sabtu ini.”

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami telah cuba untuk menang

Pengurus City, Pep Guardiola memuji semangat juang pasukannya berlawan dengan 10 pemain menentang 11 pemain Everton yang berakhir seri 1-1, namun mengakui ia belum cukup bagus

Reaksi Pep Guardiola selepas City diikat seri 1-1 dengan Everton di Stadium Etihad, malam Selasa.

Laporan Perlawanan

City diikat seri Everton di Etihad

Manchester City dengan 10 pemain mempamerkan semangat juang yang tinggi menentang Everton yang berakhir dengan seri 1-1 melalui jaringan gol penyamaan Raheem Sterling di Stadium.

Laporan perlawanan Liga Perdana Inggeris Manchester City vs Everton

Berita Pasukan Utama

Ikuti di Twitter liputan langsung City vs Everton