quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Sane: Kami boleh kalahkan Chelsea!

Leroy Sane scores

Leroy Sane scores

Leroy Sane berkata yang Man City akan kembali ke London Rabu ini berhadapan pendahulu liga, Chelsea tanpa gentar.

City terlepas peluang untuk merapatkan jurang di puncak Liga Perdana Inggeris selepas seri 2-2 dengan Arsenal apabila pasukan Pep Guardiola mendahului perlawanan dua kali di Stadium Emirates.

Sane mengakui keputusan tersebut mengecewakan terutama dengan Chesela keciciran mata mereka selepas kalah 1-2 kepada Crystal Palace sehari sebelumnya.

Image result for ARSENAL 2-2 CITY 2017

“Ia mengecewakan buat kami kerana jika kami menang ia bagus buat kami dengan Chelsea kalah.

“Ia amat sukar mengejar mereka, apabila mereka kalah ia amat penting untuk kami menang termasuk ke atas Arsenal dan dapatkan tiga mata.

“Kami hanya peroleh satu mata namun kami teruskan perjuangan.”

Leroy telah membuka jaringan gol di laman the Gunners dengan mengejar hantaran Kevin De Bruyne sebelum cuba mengelak dari David Ospina untuk menyepak masuk.

Gol tersebut merupakan gol kelapannya buat City dari 13 percubaan menepati sasaran, dan merupakan gol kedua ke atas Arsenal musim ini.

Sebelum perlawanan bermula, ramai memperkatakan tentang pertarungannya dengan Hector Ballerin, dan Sane menjelaskan.

“Hector merupakan bek penuh yang amat laju, saya rasa saya tidak dapat menandingin kelajuannya, tapi ia baik sahaja hari ini.

“Untuk para peminat, mereka seronok menyaksikan kami berlari.”

Image result for leroy sane v hector bellerin

City tiada masa untuk mengkaji perlawanan tersebut kerana satu lagi cabaran bersar menanti hari Rabu ini di Stamford Bridge.

Pemain sayap Jerman itu percaya yang mereka akan kembali ke Manchester dengan kemenangan nanti.

“Hari Rabu, ia merupakan perlawanan penting menentang Chelsea, kami berupaya menang dan dapatkan tiga mata.”

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Jesus hampir kembali

Pep Guardiola berkata yang beliau mengharapkan Gabriel Jesus akan pulih sepenuhnya sebelum akhir musim ini semasa sidang media menjelang pertemuan dengan Arsenal Ahad ini.

Berita Pasukan Utama

Galeri Foto: Persiapan hadapi Arsenal

Tosin Adarabioyo and Yaya Toure

Sebilangan pemain Manchester City telah kembali berlatih di CFA dari rehat antarabangsa dalam meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris bertemu Arsenal di London Ahad ini.

Berita Pasukan Utama

Arsenal vs City: Apa yang anda perlu tahu…