quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola puji permainan Navas

Guardiola Emirates

Guardiola Emirates

Pep Guardiola menjelaskan persembahan permainan Jesus Navas di bek kanan sebagai ‘cemerlang’ selepas seri 2-2 dengan Arsenal.

Kegusaran tahap kecergasan para pemain kebiasaan City di posisi pertahanan penuh bermakna Navas yang lincah telah dipertanggungjawabkan untuk mengekang bintang Chile Arsenal yang berbahaya, Alexis Sanchez.

Navas at Arsenal

Bos City percaya yang pemain sayap Sepanyol itu telah dapat menyesuaikan diri di posisi tersebut dengan baik dalam ujian yang getir menentang the Gunners.

“Saya ingin mengucapkan tahniah buat Jesus Navas atas permainan cemerlangnyya menentang salah seorang pemain terbaik dunia iaitu Alexis Sanchez,” ujar Guardiola kepada para wartawan seusai perlawanan.

Jesus Navas tackles

“Saya telah mainkannya kerana Bacary Sagna cedera dan Pablo Zabaleta tidak bersedia, dan Jesus adalah pilihan yang terbaik di posisi tersebut kerana dia merupakan pemain cemerlang dan saya amat gembira buatnya.”

City telah menjaringkan dua gol di separuh masa pertama melalui Leroy Sane dan Sergio Aguero namun Guardiola merasakan City telah bermain lebih baik di babak kedua selepas Yaya Toure diturunkan.

“Kami bermain lebih baik di separuh masa kedua. Selepas kami hasilkan gol pembuka, kami seakan lupa bagaimana untuk bermain. Pada babak kedua kami bermula dengan hantaran sempurna dan mencipta lebih banyak peluang.”

Ketika ditanya tentang perlumbaan merebut juara liga, Guardiola menambah: “Hari ini adalah persembahan permainan sempurna namun masih banyak lagi perlawanan yang tinggal. Chelsea kalah kelmarin dan ia mengecewakan kami tidak dapat meraih kesemua tiga mata hari ini.

"Kini tumpuan kami pada perlawaan seterusnya menghadapi, pendahulu liga, Chelsea Rabu ini."

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Jesus hampir kembali

Pep Guardiola berkata yang beliau mengharapkan Gabriel Jesus akan pulih sepenuhnya sebelum akhir musim ini semasa sidang media menjelang pertemuan dengan Arsenal Ahad ini.

Berita Pasukan Utama

Galeri Foto: Persiapan hadapi Arsenal

Tosin Adarabioyo and Yaya Toure

Sebilangan pemain Manchester City telah kembali berlatih di CFA dari rehat antarabangsa dalam meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris bertemu Arsenal di London Ahad ini.

Berita Pasukan Utama

Arsenal vs City: Apa yang anda perlu tahu…