quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep umum Sagna tidak akan bermain lawan Chelsea

Manchester City akan bermain tanpa Bacary Sagna semasa bertandang ke Stamford Bridge menentang pendahulu liga, Chelsea malam Khamis.

Bek kanan antarabangsa Perancis itu telah tercedera semasa perlawanan menentang Liverpool dua minggu lalu. Sagna telah diketepikan dalam perlawanan berjumpa Arsenal, juga perlawanan antarabangsa Perancis menentang Luxembourg dan Spain.

Pengurus City, Pep Guardiola menyatakan yang pemain pertahanan tersebut mungkin akan memerlukan dua atau tiga minggu untuk kembali pulih. Walaubagaimanapun, Pablo Zabaleta kini cergas dan sedia untuk bermain. Guardiola juga percaya akan kehadiran semula Gabriel Jesus sebelum musim ini berakhir setelah pemain berusia 20 tahun itu kembali belatih pada hari Isnin.

Bacary Sagna

“Bacary tidak akan bermain untuk dua atau tiga minggu,” kata Guardiola. “Pablo kini baik.

“Kelmarin ialah hari pertama Jesus kembali berlatih di padang.

“Saya tidak tahu berapa minggu minggu lagi dia perlukan untuk pulih sepenuhnya tetapi saya fikir kini di peringkat akhir proses pemulihan, jadi kita tunggu dan lihat.

“Harapnya dia akan dapat membantu kami dalam beberapa perlawanan di akhir musim.”

City akan melawat Stamford Bridge dalam perjuangan melayakkan diri untuk Liga Juara-Juara Eropah bagi musim depan. Kini the Citizens di kedudukan tangga keempat liga dan 11 mata di belakang Chelsea serta lima mata di atas Manchester United yang masih mempunyai baki satu permainan.

Ia kelihatan seperti persaingan sengit untuk merebut tempat empat teratas carta dengan hanya lapan mata memisahkan pasukan-pasukan di kedudukan ketiga dan keenam. Guardiola percaya kepentingan untuk berada di dalam pertandingan elit Eropah adalah sangat jelas.

Pep Chelsea

“Ya, ia sangat penting untuk keenam-enam pasukan itu layak ke Liga Juara-Juara Eropah,” katanya.

“Untuk bermain di peringkat tertinggi Eropah adalah sangat penting dari segi prestij dan kewangan.

“Chelsea layak untuk berada di mana mereka kecapi kini. Mereka telah meraih banyak mata dari perlawanan-perlawanan yang mereka menang.

“Ini merupakan satu lagi permainan dengan sembilan lagi baki perlawanan musim ini, jadi kami perlu mengejar mata sebanyak mungkin dan kita sama-sama lihat nanti.”

* Perlawanan menentang Chelsea akan berlangsung pada hari Rabu, 5 April jam 8 malam waktu UK bersamaan pukul 3 pagi Khamis waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji permainan Navas

Guardiola Emirates

Pep Guardiola menjelaskan persembahan permainan Jesus Navas di bek kanan sebagai ‘cemerlang’ selepas seri 2-2 dengan Arsenal.

Berita Pasukan Utama

Sane: Kami boleh kalahkan Chelsea!

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Jesus hampir kembali

Pep Guardiola berkata yang beliau mengharapkan Gabriel Jesus akan pulih sepenuhnya sebelum akhir musim ini semasa sidang media menjelang pertemuan dengan Arsenal Ahad ini.