quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Agüero kagum dengan Everton kendalian Koeman

Aguero right

Aguero right

Sergio Agüero mengagumi dengan permulaan Everton dari awal musim dan bintang Argentina itu percaya City akan menghadapi ujian sukar hari Sabtu ini.

Tugasan pertama Koeman di Goodison Park untuk menjadikan the Toffees lebih mantap secara berpasukan dengan pertahanan yang padu. Dengan tujuh perlawanan sudah berlalu, hanya Tottenham mencatat rekod pertahanan lebih baik dari Everton dalam Liga Perdana Inggeris sehingga kini.

Image result for pep koeman

Kun mengalami nasib berbeza ketika menentang Everton dalam pertemuan-pertemuan lepas dengan menjaringkan hanya tiga gol dari 12 perlawanan, meskipun tujuh darinya dimenangi oleh City.

“Ketibaan Koeman telah memperkuatkan lagi pasukan mereka, saya percaya yang beliau berupaya memperkasakan sudut-sudut yang Roberto Martinez telah bangunkan, tidak kira walau apapun prestasi mereka musim lalu,” ujar Aguero.

Image result for ronald koeman everton

“Musim ini, mereka memulakannya dengan cemerlang dan oleh sebab itu Liga Perdana Inggeris menarik minat mana-mana pemain.

“Anda boleh lihat bagaimana pasukan-pasukan berembang dari tahun ke tahun, anda lihat permainan bola sepak yang lebih bagus dan setiap pemain mendapat faedah darinya.

Image result for aguero v everton

“Saya jangkakan Everton akan melalui musim yang bagus dan ia bukanlah perlawanan yang mudah buat kami sejak beberapa tahun ini dan kami menjangkakan perkara yang sama kali ini.

Dengan Everton mengumumkan bintang mereka Romelu Lukaku telah sembuh dari kecederaan ringan semasa rehat antarabangsa, Aguero berkata yang bintang Belgium itu boleh menjadi ancaman merbahaya buat City.

Image result for lukaku everton 2016

“Saya rasa Lukaku ada pakej lengkap, dia boleh bermain di mana-mana posisi atas padang dan mempunyai pengamatan permainan yang hebat.

“Seperti biasa , tumpuan kami adalah melakukan yang terbaik.  Jika kami dapat melakukannya nanti, kami berpeluang cerah untuk kembali ke laluan kemenangan selepas seri dengan Celtic dan kalah kepada Spurs.”

Berita Pasukan Utama

Gabriel sumbang gol Aguero kecundang

Berita Pasukan Utama

Agüero mendaki ke puncak

Aguero right

Sergio Agüero perlukan hanya tujuh gol lagi untuk tersenarai di kedudukan ketiga teratas sebagai pemain City yang menjaringkan gol terbanyak sepanjang zaman.

Berita Pasukan Utama

Gabriel sumbang gol untuk Brazil

Gabriel

Gabriel Jesus terus menyinar reputasinya sebagai salah seorang bintang Brazil yang meningkat naik dengan satu lagi gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Bolivia dalam Kelayakan Piala Dunia 2018.