quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Gabriel sumbang gol Aguero kecundang

Para pemain City di kelayakan Piala Dunia 2018 menerima nasib berbeza di perlawanan kedua sepanjang rehat antarabangsa kali ini.

Selepas John Stones, Joe Hart dan Ilkay Gundogan tampil untuk England dan Jerman, ia giliran Sergio Aguero, Claudio Bravo, Fernandinho dan Gabriel Jesus memikul tugasan negara masing-masing.

Gundogan sekali lagi diturunkan dari bangku simpanan dalam kemenangan Jerman 2-0 ke atas Ireland Utara, manakala Joe Hart dan John Stones beraksi penuh buat the Three Lions dalam perlawanan seri 0-0 dengan Slovenia.

Nasib sekali lagi tidak menyebelahi buat naib juara Piala Dunia 2014 dan Copa America 2016 dengan wakil tunggal pemain City, Aguero dalam kekalahan tipis 0-1 kepada Paraguay di laman sendiri di Cordoba, Argentina.

Dengan ketiadaan dua lagi pemain City, Nicolas Otamendi dan Pablo Zabaleta yang digantung perlawanan, tuan rumah bertungkus-lumus untuk mencuri mata dari pelawat termasuk sepakan penalti yang gagal disempurnakan Kun, diikuti cubaan tandukan yang diselamatkan Justo Villar.

Image result for aguero argentina penalty miss 2016/17

Namun dari segi positifnya penyerang City yang beraksi selama 90 minit penuh menamatkan perlawanan tanpa sebarang kecederaan untuk pulang kembali ke Manchester menghadapi Everton Sabtu ini.

Sementara itu di Merida, Venezuela duo City Fernandinho dan Gabriel Jesus beraksi dalam kemenangan Brazil 2-0 ke atas tuan rumah untuk melonjak ke puncak carta CONMEBOL.

Pengurus Selecao Brasilirea, Tite sekali lagi menurunkan kedua-dua pemain City di awal perlawanan dan penyerang muda, Gabriel, 19 tahun meledak gol pembuka selepas 8 minit perlawanan.

Ia merupakan gol keempat Gabriel dari empat penampilan buat Brazil sehingga kini sebelum Willan menambah gol kedua di babak kedua perlawanan. Gabriel yang kini dipinjamkan ke kelabnya Palmeiras akan menyertai City Januari ini.

Seorang lagi wakil pemain City, penjaga gawang Claudio Bravo mencerahkan kembali peluang Chile untuk layak ke Piala Dunia 2018 lagi apabila menang 2-1 ke atas Peru untuk membawa dua mata di belakang Argentina yang kini menduduki tempat kelima dan terkeluar secara automatik layak ke Russia dua tahun lagi.

Image result for claudio bravo chile 3-2 peru 2016/17 conmebol

Semua para pemain City dijangka kembali selewat-lewatnya hari Jumaat untuk persiapan bertemu Everton jam 3 petang hari Sabtu waktu UK di Stadium Etihad bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Agüero mendaki ke puncak

Aguero right

Sergio Agüero perlukan hanya tujuh gol lagi untuk tersenarai di kedudukan ketiga teratas sebagai pemain City yang menjaringkan gol terbanyak sepanjang zaman.

Berita Pasukan Utama

Gabriel sumbang gol untuk Brazil

Gabriel

Gabriel Jesus terus menyinar reputasinya sebagai salah seorang bintang Brazil yang meningkat naik dengan satu lagi gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Bolivia dalam Kelayakan Piala Dunia 2018.

Berita Pasukan Utama

Rehat antarabangsa: Tinjauan tujuh perkara