quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Agüero mendaki ke puncak

Aguero right

Aguero right

Sergio Agüero perlukan hanya tujuh gol lagi untuk tersenarai di kedudukan ketiga teratas sebagai pemain City yang menjaringkan gol terbanyak sepanjang zaman.

Kun kini telah mengumpul 147 gol untuk City dan hampir mengatasi pemain legenda City, Fancis Lee yang mencatat 148 gol di tempat keenam.

Image result for aguero vs steaua 2016/17

Tiga pemain yang seterusnya adalah Billy Meredith (151), Joe Hayes (152) dan Colin Bell (153) dengan penyerang Argentina profilik lambat laun dapat mengatasi kesemua mereka.

Penjaring gol terbanyak sepanjang zaman City, Eric Brook, masih jauh di hadapan dengan jumlah 178 gol dan jika Sergio dapat menyamai rekod Brook musim ini bermakna dia perlu menghasilkan tambahan 31 gol lagi.

Image result for eric brook manchester city

Musim ini Agüero telah mengumpul 14 gol dari 8 penampilan di kesemua kejohanan dengan tiga perlawanan digantung berikutan insiden semasa menentang West Ham United, 4 gol Liga Perdana Inggeris dari 5 penampilan.

Sekiranya Kun dapat meneruskan prestasi sama seperti di awal musim, 20 gol lagi pada musim ini akan membawanya di kedudukan ke-12 senarai penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris menyamai rekod Jimmy Floyd-Hasslebaink dengan 127 gol.

Image result for aguero debut goal v swansea 2011

Namun ia mungkin memerlukan satu lagi musim untuk mencecah senarai 10 teratas dengan rekod Teddy Sheringham sebanyak 146 gol.

Masih mendahului jauh di kedudukan teratas ialah pemegang rekod Alan Shearer dengan 260 gol Liga perdana Inggeris, namun Sergio kurang 300 perlawanan dari bekas legenda Newcastle United tersebut.

Image result for alan shearer newcastle united

Jadi siapakah menduduki senarai 10 teratas penjaring gol terbanyak City? Berikut adalah senarainya…

10 penjaring gol terbanyak City sepanjang zaman

1 Eric Brook (1928-1940) 178 gol 494 penampilan

2 Tommy Johnson (1919-1930) 166 gol 354 penampilan

3 Colin Bell (1966-1979) 153 gol 501 penampilan

4 Joe Hayes (1953- 1965) 152 gol 364 penampilan

5 Billy Meredith (1894-1905 & 1921-24) 151 gol 394 penampilan

6 Francis Lee (1967-1974) 148 gol 330 penampilan

*7 Sergio Agüero (2011-kini) 147 gol 214 penampilan

8 Tommy Browell (1913-1926) 139 gol 247 penampilan

9 Fred Tilson (1928-1938) 132 gol 273 penampilan

10 Billy Gillespie (1897-1905) 132 gol 231 penampilan

*Jaringan hatrik semasa perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Eropah menentang Steau Bucharest tidak termasuk dalam perkiraan.

Berita Pasukan Utama

Gabriel sumbang gol untuk Brazil

Gabriel

Gabriel Jesus terus menyinar reputasinya sebagai salah seorang bintang Brazil yang meningkat naik dengan satu lagi gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Bolivia dalam Kelayakan Piala Dunia 2018.

Berita Pasukan Utama

Rehat antarabangsa: Tinjauan tujuh perkara

Berita Pasukan Utama

Pencalonan Pemain Terbaik Etihad September