quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Delph turun berlatih persiapan bertemu Gladbach

Pep Guardiola and Kevin De Bruyne ahead of the trip to Germany

Pep Guardiola and Kevin De Bruyne ahead of the trip to Germany

Fabian Delph kembali menyertai pasukan utama berlatih pagi Selasa menjelang kunjungan ke Jerman menentang Borussia Monchengladbach namun ketiadaan Vincent Kompany.

Kapten Manchester City itu terpaksa menamatkan perlawanan awal semasa kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace Sabtu lalu berikutan mengalami pandangan kabur selepas pelanggaran kepalanya dengan badan Claudia Bravo.

Delph telah direhatkan sejak kali terakhir ditempatkan di bangku simpanan menentang West Ham Ogos lalu dan beraksi dengan menyumbangkan gol dalam kemenangan 1-0 ke atas Steau Bucharest sebelumnya.

Image result for delph goal v bucharest

Pemain tengah England itu memerlukan pembedahan di bahagian pangkal paha, masalah yang dialami sejak sekian lama dan dengan kembalinya beliau memberi satu lagi pilihan buat Pep Guardiola.

John Stones, Ilkay Gundogan dan Gael Clichy juga turut turun berlatih yang mungkin akan ditempatkan dalam kesebelasan utama di Borussia-Park nanti.

Penjaring dua gol Sabtu lalu, Yaya Toure turut menyertai rakan-rakan sepasukan namun tidak dapat beraksi kerana tidak disenaraikan pada peringkat kumpulan kejohanan kali ini, namun mungkin berpeluang beraksi kembali sekiranya City layak ke pusingan seterusnya.

Senarai skuad ke Jerman

Penjaga gol: Claudio Bravo, Willy Caballero, Angus Gunn

Pertahanan: Bacary Sagna, Gael Clichy, Aleksandar Kolarov, John Stones, Nicolas Otamendi, Pablo Maffeo 

Pemain tengah: Fernando, Fernandinho, Gundogan, Sane, Sterling, Navas, Silva, De Bruyne

Penyerang: Nolito, Iheanacho, Aguero

*Kami akan melaporkan sidang media Pep Guardiola dari Borussia-Park jam 5.15 petang UK nanti bersamaan pukul 1.15 pagi waktu Malaysia di @ManCityMAS. Perlawanan menentang Borussia Monchengladbach akan berlangsung jam 7.45 malam Rabu waktu UK bersamaan 3.45 pagi Khamis waktu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Gladbach lwn City: Laluan untuk layak seterusnya

Berita Pasukan Utama

Aguero dan De Bruyne tercalon untuk XI UEFA

Berita Pasukan Utama

Guardiola gembira kembalinya Yaya

Pep Guardiola penuh pujian atas permainan cemerlang Yaya Toure menentang Crystal Palace dan mengatakan beliau kini mempunyai seorang lagi pemain yang dapat membantu City merangkul piala musim ini.