quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Pemain perlu cergas elak cedera

Pengurus City, Pep Guardiola dan midfielder Fabian Delph berhadapan dengan media menjelang perlawanan dengan Borussia Dortmund, hari Khamis di Shenzen.

Dia juga mengisyaratkan yang Fernandinho dapat bermain di bek tengah musim depan dan memberitahu para wartawan yang dia ingin menukar para pemain tengah ke posisi pertahanan untuk satu sebab munasabah.

“Saya rasa Fernandinho dapat bermain di sepuluh posisi,” ujar Guardiola.

“Dia mempunyai kualiti untuk bermain di mana-mana posisi, dia berupaya bermain di bek tengah. Dia pantas, lincah, bijak, agresif dan kuat ketika bertarung di udara.

“Dia mempunyai kualiti untuk mencipta peluang, kami rasa dia dapat bermain di sana, mungkin juga Fernando tapi dia tidak selincah Fernandinho.

“Saya suka para pemain tengah untuk bermain di posisi bek tengah kerana mereka dapat lakukan hantaran yang baik.

“Saya inign mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para pemain saya atas cara mereka berlatih dan cara mereka cuba memahami saya.

“Setiap pengurus mempunyai idea-idea sendiri dari mula mereka bercakap untuk melatih dan mengetahui cara mereka inginkan. Itu sahaja.

“Untuk para jurulatih ia mustahil mencapai sesuatu kejayaan apabila pemain tidak inginkannya, tapi tidak para pemain saya, mereka adalah insan yang hebat dan para pemain yang hebat.”

Pep turut menyentuh rasa kecewa atas pembatalan perlawanan derbi Manchester di Beijing dan mendedahkan City mungkin akan bermain satu lagi perlawanan persahabatan di Manchester minggu hadapan.

“Esok kami gembira kerana akhirnya dapat bermain di China. Kami kecewa apa yang telah berlaku, kami memang ingin bermain menentang Manchester United tapi keadaan padang perlawanan di Beijing tidak membenarkannya.

“Mungkin kami akan bermain satu lagi perlawanan persahabatan di CFA minggu depan. Kami cuba mencari pasukan dari Championship atau League One. Mungkin.”

Ia turut dilaporkan oleh media yang beberapa pemain City yang lebih berat badan tidak dibenarkan berlatih bersama skuad, dan Pep menafikan laporan tersebut, walaupun percaya kecergasan adalah ciri penting dalam kaedah latihannya.

“Mereka bukanlah terlebih berat badan tapi saya mahukan para pemain saya cergas,” jelas Pep.

“ Namun bagi saya, isu berat badan tetap amat penting. Kami perlu berlari, bertarung, melompat dan menguasai bola. Selepas tiga hari bermain, datang tiga hari lagi perlawanan seterusnya.

“Apabila anda tidak cergas, kecederaan mudah menimpa.”

Fabian Delph turut hadir di samping pengurus dan telah memberitahu media betapa gembira dia dapat bermain di bawah bimbingan pengurus yang telah membangunkan kelab-kelab hebat.

“Saya telah menyaksikan Barcelona dan Bayern Munich bermain dan saya amat mengaguminya. Cara mereka mengadaptasi permainan mengikut lawan mereka. Saya teruja bermain di bawah pengurusan Pep dan selagi mana saya dapat membantu rakan-rakan sepasukan saya akan gembira di sini.”

* Perlawanan persahabatan menentang Borussia Dortmund dalam saingan International Champions Cup 2016 akan berlangsung pada hari Khamis, 28 Julai di Shenzen, China mulai jam 7.30 malam waktu tempatan Malaysia. Ikuti akaun Twitter kami @ManCityMAS untuk liputan perlawanan nanti.

Berita Pasukan Utama

Caballero: Lebih risiko, lebih indah

Berita Pasukan Utama

Galeri Foto: Latihan pertama di Shenzen

Berita Pasukan Utama

#CITYONTOUR: Festival Bola Sepak Beijing

Para pemain dan peminat City berseronok dalam pesta bola sepak di Beijing pada hari Ahad. Pelancaran kit laman lawan dan kanak-kanak mengambil bahagian dalam sesi kemahiran bola sepak di Pusat Membeli Belah Century Golden.