quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Tugasan Antarabangsa: Siapa dan ke mana?

ENGLAND PAIR: John Stones and Raheem Sterling will be just two of City's internationals heading out this week

ENGLAND PAIR: John Stones and Raheem Sterling will be just two of City's internationals heading out this week

Ketahui ke mana bintang-bintang antarabangsa City akan terbang minggu ini dalam kelayakan Piala Dunia 2018.

Saingan bola sepak tempatan kini berhenti rehat seketika minggu ini untuk memberi laluan kepada pasukan-pasukan kebangsaan bersaing ke Moscow dua tahun lagi.

Skuad utama bimbingan Sam Allardyce termasuk tiga pemain City; Joe Hart, John Stones dan Raheem Sterling dengan kesemua berpeluang untuk tampil beraksi menentang Slovakia di Trnava pada 4 September.

Allardyce mengharapkan Stones dapat meneruskan permainan mantapnya bersama City membantu the Three Lions dalam kelayakan Piala Dunia.

Beliau berkata: “Stones merupakan pemain berbakat hebat, sebagaimana ramai pemain lain di England. Kami hanya perlu perkembangkan lagi bakat mereka dan bermai sebagai satu pasukan dan menang.”

Dua pemain City dipanggil menyertai skuad bimbingan pengurus baru Sepanyol, Julen Lopetegui yang akan memulakan perlawanan persahabatan menentang Belgium dan Liechtenstein.

Image result for nolito silva spain

David Silva dan Nolito mewakili kelab dalam skuad La Roja yang akan bertandang di Stadium King Baudouin di Brussels sebelum menerima kunjungan Liechtenstein di Stadium Reino de Leon, utara Sepanyol pada 5 September.

Kevin De Bruyne kemungkinan akan diturunkan bermain dalam perlawanan persahabatan mewakili negaranya menentang Sepanyol pada 1 September selepas termasuk dalam skuad utama Belgium bimbingan Roberto Martinez.

Image result for de bruyne belgium

De Bruyne dan rakan-rakan sepasukan akan terbang ke Nicosia apabila mereka akan berhadapan dengan Cyprus dalam perlawanan pertama kelayakan Piala Dunia pada 6 September.

Meskipun Aleksandar Kolarov digantung untuk beraksi di peringkat antarabangsa, beliau akan menyertai rakan-rakan sepasukan Serbia memberi sokongan dalam perlawanan kelayakan pertama di Belgrade menentang Republik Ireland pada 5 September.

Image result for zabaleta otamendi argentina

Di Amerika Selatan, Pablo Zabaleta dan Nicolas Otamendi akan mewakili Argentina menentang Uruguay di Estadio Malvinas Argentinas, Mendoza pada 2 September.

Mereka kemudiannya akan menghadapi Venezuela pada 7 September.

Image result for kelechi nigeria

Akhir sekali, Kelechi Iheanacho menjadi sebahagian dari skuad Nigeria yang dijadualkan melawan Tanzania di Uyo pada 3 September. Kami akan melaporkan perkembangan bintang-bintang City di akaun Twitter @ManCityMAS dan laman web malay.mcfc.com.

Berita Pasukan Utama

Pep gembira menang ke atas Dortmund

Keputusan seri 1-1 dengan pasukan Bundesliga di masa penuh di Shenzen sebelum penentuan penalti dengan tiga penyelamatan oleh Angus Gunn untuk membawa kemenangan pertama Pep Guardiola menutup jelajah pramusim di China.

Berita Pasukan Utama

Galeri Perlawanan: City lwn Borussia Dortmund

Berita Pasukan Utama

Pep: Pemain perlu cergas elak cedera

Shenzhen Presser

Pengurus City, Pep Guardiola dan midfielder Fabian Delph berhadapan dengan media menjelang perlawanan dengan Borussia Dortmund, hari Khamis di Shenzen.