quote linkedin dugout

Berita EDS

Video 1 Galeri Foto

City singkirkan Liverpool mara ke semifinal UYL

Manchester City vs Liverpool UYL

Manchester City vs Liverpool UYL

Manchester City Bawah-19 mara ke separuh akhir UEFA Youth League buat pertama kali selepas menyingkirkan Liverpool melalui penentuan penalti.

City melepasi peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Remaja Eropah (UYL) selepas mengalahkan Inter Milan, juga melalui penentuan penalti (3-2), pada bulan lalu selepas terikat 1-1. Sementara Liverpool pula menewaskan Manchester United 2-0.

Liverpool mendahului perlawanan pada minit ke-34 melalui ledakan gol Curtis Jones sebelum lima minit kemudian Lukas Nmecha berjaya menyamakan kedudukan.

Namun kedudukan tidak berganjak sehingga ke masa penuh yang membawa pada lanjutan masa perlawanan diikuti penentuan penalti.

Penjaga gol City, Daniel Grimshaw sekali lagi menjadi hero untuk pasukan apabila menyelamatkan dua sepakan penalti Liverpool selepas adik-beradik Nmecha menyempurnakan kedua-dua sepakan penalti, diikuti Tommy Doyle.

Cubaan sepakan penalti terakhir Liverpool oleh Herbie Kane terkena palang untuk membawa kemenangan bermakna buat pasukan remaja City kendalian Simon Davies.

City akan bertemu Barcelona Bawah-19 di semifinal, sementara Chelsea yang mengalahkan Real Madrid pada hari yang sama akan bertemu Porto.

Kedua-dua perlawanan separuh akhir akan berlangsung di Nyon, Switzerland pada 20 April ini diikuti perlawanan akhir tiga hari kemudiannya di tempat sama pada 23 April.

 

Semifinal Liga Juara-Juara Remaja Eropah (UYL)

Manchester City vs Barcelona

Chelsea vs Porto

Berita EDS

City B-19 mara ke suku akhir UCL Remaja

Berita EDS

Piala Checkatrade peringkat kumpulan

Manchester City telah diundi dalam Kumpulan F dalam saingan Checktarade Trophy musim ini bersama-sama Bradford, Chesterfield dan Rotherham.

Pasukan City Bawah-21 akan mengambil bahagian buat pertama kali dalam kejohanan Checkatrade Trophy...

Berita EDS

Man City sertai Checkatrade Trophy

Manchester City sukacita mengumumkan pasukan Akademi mereka akan menyertai kejohanan Checkatrade Trophy 2017/18.

Simon Davies akan mengurusi pasukan Bawah-21 City dalam kejohanan Checkatrade Trophy 2017/18