quote linkedin dugout

Berita EDS

Video 1 Galeri Foto

City B-19 mara ke suku akhir UCL Remaja

HERO: Daniel Grimshaw is mobbed by his team-mates.

HERO: Daniel Grimshaw is mobbed by his team-mates.

Manchester City Bawah-19 menempah tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara Remaja Eropah selepas singkirkan Inter Milan.

City selaku juara Kumpulan F dengan kekalahan kepada Shakhtar Donetsk dalam perlawanan terakhir sebagaimana pasukan utama menyasarkan untuk mara lebih jauh untuk kejohanan edisi kelima kali ini.

Pada musim lalu, pasukan Austria Red Bull Salzburg menjuarai kejohanan selepas menewaskan Benfica di perlawanan akhir.

Perlawanan kalah mati pusingan 16 akhir yang berlangsung di Stadium Akademi didominasi sepenuhnya oleh tuan rumah dengan sokongan para penyokong tempatan.

Namun 12 minit selepeas perlawanan bermula Xian Emmers meledak gol pembuka untuk Inter mendahului sebelum Nmecha menyamakan kedudukan 15 minit kemudiannya.

Kedudukan terikat tidak berubah 1-1 sehingga berlarutan ke masa tambahan untuk membawa kepada sepakan penalti penentuan.

Felix dan Ed Francis menyempurnakan penalti untuk mendahului 2-1 selepas penjaga gol City, Grimshaw menafikan sepakan penalti Inter.

Ia kemudian menyaksikan sepakan Smith, Foden dan Diaz diselamatkan selepas kedudukan 2-2. Namun Nabil Touaizi menyempurnakan cubaan sepakan terakhir untuk membawa kemenangan buat City.

Citizens akan bertemu Liverpool  di suku akhir selepas mereka mengalahkan Manchester United 2-0. Perlawanan suku akhir akan berlangsung di Stadium Akademi pada 13/14 Mac.

Selain City, Barcelona turut menempah awal ke suku akhir selepas menewaskan PSG 1-0 di Paris. Enam tempat lagi direbut antara Liverpool vs Man United, Bayern Munich vs Real Madrid, Atletico vs Basel, Spurs vs Monaco dan Porto vs Salzburg.

Berita EDS

Piala Checkatrade peringkat kumpulan

Manchester City telah diundi dalam Kumpulan F dalam saingan Checktarade Trophy musim ini bersama-sama Bradford, Chesterfield dan Rotherham.

Pasukan City Bawah-21 akan mengambil bahagian buat pertama kali dalam kejohanan Checkatrade Trophy...

Berita EDS

Man City sertai Checkatrade Trophy

Manchester City sukacita mengumumkan pasukan Akademi mereka akan menyertai kejohanan Checkatrade Trophy 2017/18.

Simon Davies akan mengurusi pasukan Bawah-21 City dalam kejohanan Checkatrade Trophy 2017/18

Berita EDS

Man City sertai Checkatrade Trophy

Manchester City sukacita mengumumkan pasukan Akademi mereka akan menyertai kejohanan Checkatrade Trophy 2017/18.

Simon Davies akan mengurusi pasukan Bawah-21 City dalam kejohanan Checkatrade Trophy 2017/18