quote linkedin dugout

Berita EDS

Video 1 Galeri Foto

Man City sertai Checkatrade Trophy

Manchester City sukacita mengumumkan pasukan Akademi mereka akan menyertai kejohanan Checkatrade Trophy 2017/18.

Secara tradisionalnya, pertandingan bola sepak kalah mati tersebut adalah untuk pasukan-pasukan League One dan League Two. Namun musim lalu ia telah dirombak dengan memasukkan peringkat kumpulan dengan 16 pasukan Liga Perdana Inggeris dan Championship Bawah-21.

Ia telah menyaksikan peningkatan jumlah pemain tempatan Bawah-21 menyertai kejohanan dan undian terakhir telah menyaksikan dua pertiga kelab-kelab bersepakat mengekalkan format 64 pasukan untuk kempen akan datang.

Jurulatih City EDS, Simon Davies berkata: “Kami gembira dapat terlibat dalam kejohanan ini musim depan. Kami merasakan ia peluang bagus untuk para pemain muda berbakat kami menguji kemampuan mereka dalam kejohanan bersama-sama para pemain senior lain.

“Kami ingin terus mencari cara-cara baru dalam memperbaiki pembangunan para pemain Akademi kami dan ini merupakan satu langkah ke hadapan yang logik.”

Berita EDS

Cameron Humphreys tandatangani kontrak pro

Berita EDS

Jordy Hiwula sertai Huddersfield Town