quote linkedin dugout

Berita EDS

Video 1 Galeri Foto

Piala Checkatrade peringkat kumpulan

Manchester City telah diundi dalam Kumpulan F dalam saingan Checktarade Trophy musim ini bersama-sama Bradford, Chesterfield dan Rotherham.

Pasukan City Bawah-21 dikendalikan oleh Simon Davies akan menyertai kejohanan buat pertama kali selepas Manchester City menerima jemputan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan yang diubah format baru bermula musim 2017/18.

Image result for simon davies man city

Checktrade Trophy adalah merupakan English Football Trophy (EFL) yang diperkenalkan mulai musim 1983/84 yang mengikut nama penaja utama.

City pernah mengambil bahagian sekali semasa kempen 1998/99 ketika ia dikenali sebagai Auto Windscreen Shield. Ketika itu City di bawah bimbingan Joe Royle tewas 2-1 di tempat sendiri kepada Mansfield Town.

Sehingga musim lalu, hanya pasukan-pasukan utama dari League 1 dan League 2 (Divisyen ketiga dan keempat Liga Inggeris) dibenarkan mengambil bahagian. Namun mulai musim 2017/18 sebelas  pasukan Akademi (Bawah-21) dari Liga Perdana Inggeris dan empat dari Liga Championship (Divisyen Kedua) turut dijemput untuk kategori satu, Akademi.

Image result for manchester city U21 2017

Sebelas pasukan Akademi dari Liga Perdana Inggeris adalah Brighton, Chelsea, Everton, Leicester, Newcastle, Southampton, Stoke, Swansea, Spurs, West Brom, West Ham.

Sementara empat pasukan Akademi dari Liga Championship pula Fulham, Middlesbrough, Reading, Sunderland.

Coventry telah menjuarai kejohanan musim lalu selepas menewaskan Oxford di perlawanan akhir di Wembley di hadapan 74, 434 penonton.

Image result for coventry champions checkatrade trophy

Senarai penuh undian peringkat kumpulan Sekseyn Utara England seperti berikut:

Kumpulan A: Carlisle, Fleetwood, Morecambe, Leicester City

Kumpulan B: Accrington, Blackpool, Wigan, Middlesbrough

Kumpulan C: Blackburn, Bury, Rochdale, Stoke

Kumpulan D: Crewe, Oldham, Port Vale, Newcastle

Kumpulan E: Coventry, Shrewsbury, Walsall, West Brom

Kumpulan F: Bradford, Chesterfield, Rotherham, MANCHESTER CITY

Kumpulan G: Lincoln, Mansfield, Notts County, Everton

Kumpulan H: Doncaster, Grimsby, Scunthorpe, Sunderland

Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula pada 28 Ogos nanti.

 

Berita EDS

Man City sertai Checkatrade Trophy

Manchester City sukacita mengumumkan pasukan Akademi mereka akan menyertai kejohanan Checkatrade Trophy 2017/18.

Simon Davies akan mengurusi pasukan Bawah-21 City dalam kejohanan Checkatrade Trophy 2017/18

Berita EDS

Man City sertai Checkatrade Trophy

Manchester City sukacita mengumumkan pasukan Akademi mereka akan menyertai kejohanan Checkatrade Trophy 2017/18.

Simon Davies akan mengurusi pasukan Bawah-21 City dalam kejohanan Checkatrade Trophy 2017/18

Berita EDS

Cameron Humphreys tandatangani kontrak pro