quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Galeri Foto

Video 10 Galeri Foto

Galeri: Kit ketiga terbaharu City 18/19

GEMBIRA: Raheem Sterling seakan tidak sabar menyarung jersi terbaharu nanti

GEMBIRA: Raheem Sterling seakan tidak sabar menyarung jersi terbaharu nanti

Raheem Sterling, John Stones, Kyle Walker, Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez membantu melancarkan kit ketiga terbaharu kelab untuk musim 2018/19.

Nike Football hari ini melancarkan koleksi kit ketiga terbaharu Manchester City untuk kempen 2018/19 dalam kelab membina kejayaan yang dicapai musim lepas.

Beirkutan musim pemecah rekod yang telah menyaksikan City meraih 100 mata dalam satu musim, jersi ketiga terbaharu memperkenalkan semula identiti jaluran terkenal bola sepak yang boleh banyak dilihat dalam sejarah kit-kit City sebelum ini, dengan warna oren menyerlah di atas warna dasar biru gelap.

Dalam mendekati elemen-elemen lebih dekat DNA kelab juga ditenun di atas jersi ini. Corak jersi adalah dari inspirasi mewakili lokasi Manchester Timur dengan Stadium Etihad tampil jelas di antara jaluran, sebagai simbol kebangaan mewakili kota Manchester di Eropah dan di seluruh dunia.

Nike telah memasukkan sokongan teknologi tinggi dalam rekabentuk jersi dan stokin untuk membenarkan prestasi para atlet pada tahap maksima.

Jersi pula memaparkan bahan yang kalis lekat dimana ia dapat mengelak kit melekat ke badan, menjadikan para pemain ‘nyaman’ sepanjang perlawanan.

Manakala stokin pula memaparkan sistem cengkaman ‘Super Lock’ dengan lilitan mampat yang menjadikan betis disokong dan pelindung tulang betis turut kejap di dalam stokin.

Tambahan pula, stokin-stokin ini 40 peratus lebih ringan apabila basah dan 9 peratus lebih ringan ketika ekring menambah lagi prestasi pemain di padang perlawanan.

Dipadankan dengan seluar pendek berwarna jingga gelap, kit ketiga terbaharu yang begitu menyerlah ini akan dipakai semasa kempen kelab di Eropah musim ini.

Tiga anak muda Cityzens telah diberi kejutan istimewa apabila mereka telah dipertemukan dengan para pemain City; Riyad Mahrez dan Fernandinho di bilik persalinan pakaian pasukan utama di Stadium Etihad. Mereka menjadi para peminat City pertama dapat menyaksikan kit terbaharu.

Kit ketiga Manchester City terbaharu musim 2018/19 kini boleh didapati di mancity.com/shop untuk di UK dan Eropah dan seasia.shop.mancity untuk Malaysia dan Asia Tenggara serta nike.com.

Galeri Foto

Galeri kit laman lawan terbaharu City 2018/19

Berita Kelab

Pelancaran kit laman lawan terbaharu City 2018/19

Berita Kelab

Etihad serlahkan Sukan Olimpik Istimewa Dunia

LANDMARK EVENT: Claudio Bravo, Leroy Sane and Aymeric Laporte wear the tour shirts

Logo syarikat penerbangan Etihad Airways di jersi kelab akan ditukar kepada logo Sukan Olimpik Istimewa Dunia Abu Dhabi untuk perlawanan International Champions Cup antara Manchester City dan Borussia Dortmund.